Thursday, February 1, 2018
rumah pertama tanpa loan perumahan
Thursday, January 4, 2018
comeback in progress
kahkahkah
in progress banyak nak kena edit
yelah pening tengok semua dah lain dari dulu
faktor umur ni kena take time laa nak ejas blog ni
love
mira sazali
macam nak buat comeback je
Wednesday, March 15, 2017
puasa??? part 2
Puasa dan kesihatan
- memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
- menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
- mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Saturday, August 31, 2013
after 2 years saya menaip semula
- saya dah keja 2 tahun..macam-macam pengalman keja yang saya dapat..manusia ni macam-macam jenis ekh..kalo yang baik tu baik sangat..yang jahat pegh..
- saya dah abis belajar..ekkhh bukan sebelum ni memang ah abis ke...tu yang duk blogwalking macam nak gile..bukan lah..dah convo.. yyyeeaaahhhh!!!!
- cinta hati berubah orang...kalo korang penah baca entry aku sebelum ni...cinta hati aku lain....dalam masa 2 tahun ni..aku jumpa dengan orang yang sesuai..and alhamullilah
- saya dah berjaya sampai ke china...yeeaahh..ujung tahun lepas saya pergi beijing...tak sangka kan dapat pergi negara orang..tak sangka aku mampu pergi melancong..macam dalam mimpi sey...bak kata orang..belajar pandai-pandai sampai negara china..saya sampai juga..
- bulan 4 tahun ni genap lah setahun aku kenal dengan en m. semuanya terjadi tanpa dirancang..jumpa juga saya dengan jodoh..insyallah..
- tak lama lagi nak berubah dari cik kepada puan mira...aku dah betunang seyy..tapi bukan dengan orang yang aku kawan dulu...tak tahu macam boleh jadi macam tu..semuanya terjadi secara tetiba je...korang penah tak dengar orang cakap... "kawan dengan orang lain..bercinta dengan oran lain..kawen dengan orang lain" aku rasa pepatah tu memang tepat kat aku lahh..
Tuesday, September 13, 2011
Sunday, August 28, 2011
gile rindu blog n semua
pegh..korang jangan marah yeah kalo hari ni tetiba entry aku aku up bagi penuh..
hahahha..
yelah termaklum jelah baru jumpa streamyx kat umah ni hah..
duk keja baru nak mula hidup tak delah tenet ya..
beruk band pon xde lagi..
tapi kan kot² korang rasa nak bagi aku hadia beruk band aku terima jelah..
hahahha...
pegh serius sey aku rindu ile nak merepek raban kat blog ni hah..
pada yang follow saya thanks ekh..
apa jelah yang ada kat blog huduh ni hah..
nasib baik wei aku dapat cuti raya..
yelah nurse kan susah dapat cuti raya..
next year nak beraya meh lah datang jenguk aku kat hospital sultan ismail jb..
confirm aku tak dapat raya tahun depan..
so tahun ni kena lah raya sakan..hahhah
p/s : gile lama aku tak update cabara 30 aku..member yang aku tag lai jauh dari aku...boleh r kalo nak update banyak hari terus...hahaha
wish me gud luck :)
Sunday, August 21, 2011
kerjaya yang bermula :)
Friday, August 5, 2011
day 16 cabaran 30 : guru sekolah anda yang paling anda suka
wah korang..pasni mesti lama lah aku tak dapat nak berblog..confirm pasni kan korang semua dah tak kenal apa tu blog saya purple awak biru ni hah almaklum lah dah r tak popular sedia maklum lah tak kenal pastu hilang tak kunjung tiba lagi lah maklumnya..
pasni aku confirm lah busy nak mampos nya hah..
sebab isnin aku dah mula daftar keja..
wish me good luck n hope sangat dapat sister yang sangat memahami jangan asyik nak duk maki hamun je..nanti nak keja pon tak seronok..
korang konon² nya wat lah hargai cikit kat entry² genting a.k.a saat terakhir sebelum aku sibuk tak pasti bila lagi dapat up entry ni hah..
hahhahha..dasar tak malu..
kalo boleh kau orang semua kasi lah komen sikit..komen lah pape pon..hang nak kmen blog aku huduh ke..blog aku blog ke laut ke ke jamban ke..tak kisah..
dah aku ni memang suka melaut..entah apa entah..tajuk tak kena lansung dengan entry..
tapi ada aku kisah...
mira tak kisah (gaya cam aiman tak kisah..hahhaha)
dah moh kita ke tajuk cabaran kita yeah abang² n kakak² sekalian adik minta maaf lah yeah melaut kejap..
guru sekolah anda yang paling anda suka..
pegh susah nak jawab..pada aku aku suka semua cikgu sekolah aku..al maklum lah tanpa dorang aku tak kenal ABC 123 semua tu lah..
tanpa dorang aku tak + - x % $
hahahha...
so aku sayang semua nya...
aku ni budak nakal kat sekolah so semua cikgu sayang aku..tak caya ko tak aku confirm aku jawab cam tu :)
p/s : betul dah kena keja ni..aku rasa awal sangat lah umur baru 22tahun dah kena keja..nak sambung study lagi..tapi apakan daya dah terikat kan :)
puasa??? part 2

macam mana dengan puasa korang semua ok tak?
tak kan lah dah puasa yak yok kot pagi² buka periuk..
ke ada yang dah ponteng puasa..
ish jangan lah gitu..tak baik t
au..kalo korang nak tahu puasa ni sebenarnya baik tau dari segi kesihatan..
tak caya meh den cerita cikit pada engko..
ok artikel ni aku abik kat en wiki wiki kita..oh sape en wiki wiki tu yeah..hah klik sini :)
puasa dan kelebihan nya pada kesihatan :)
- kalo korang nak tahu pada zaman moden ni ramai dah orang berpuasa..sebabnya untuk kesihatan...tak caya kalo tak kan tak kan bila korang nak buat pembedahan doktor tu suruh korang berpuasa..nak tahu apa alasannya..sebab nya dia takot masa pembedahan tu belaku aspirasi pneumonia iaitu jadah² yang korang makan tadi kan ada kat perut so bila pembedahan korang tak sedar kan diri so kemunginan makanan yang dah terbanyak tu boleh naik ke korang punya paru² n ini sanagt bahaya..boleh mati tau :) selain itu makanan yang ada dalam perut korang tu boleh menyebabkan kurang nya berkesan ubat bius tu pada korang
- selain tu kan ada lah gak orang ni puasa sebabnya nak diet :)
kan kurus tu cantik..(aku ni plak bila lah nak diet nya hah..duk umah sebulan lebih ni rasa macam dah kena pam² medadak naik lemak² semua..nasib baik lah uniform muat lagi..kalo tak naya jew) Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu ke sebelum ia berkesan. tapi kekadang dorang i amalkan makanan sihat macam makan sayur dengan buah jew :) tapi kan aku ada baca artikel tau..kalo kita nak diet dengan tak akan nanti korang nya metabolisme akan jadi rendah so nanti bila korang stop diet n korang makan macam biasa berat badan korang akan naik berganda lagi sebab kadar metabolisme rendah..so kalo diet kan bersenam gak supaya kadar metabolisme meningkat :)
- tambahan pula bila korang puasa kan dia dapat rehat kan lah jap perut korang tu..
letih kot dia asyik kena keja je..korang pon kalo keja duk sibuk kira cuti..apakan lagi perut..dia pon duk kira bila nak ramadhan ni..dapat aku rehat :)
- pastu kan kalo korang nak tahu bila korang puasa kan dapat lah menghancurkan sisa toksin dalam darah korang..
yelah masa nilah perut korang tu berpeluang melakukan keja lain..cam korang masa ni lah koran dapat wat keja lain cam berkebun ke..hahh tak pon duk panas kan en. lappy cam aku ni hah..lagi masyuk g panas kan tv dirumah :)
- lagi² plak kalo korang ni jenis smoking hah masa ni lah rasa tanamkan azam dah berhenti isap rokok tu hah..ish..dah lah bau rokok tu busuk katakan tak nak
..cam tu juga kalo korang alkoholic..taubat lah :)
so dari puasa ni mungkin boleh menyebab anda panjang umur..sape tau kan..
tapi pape pon ajal maut di tangan Allah..kita hanya merancang n menjaga nya sebaik mungkin
p/s : ish kalo kena keja kat klinik ni kena rajin² bagi talk pasal kesihatan..hahhahah :)
thankz google for the image :)
Thursday, August 4, 2011
day 15 cabaran 30 : kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
sihat kan semua..
ok hari ke 15 separuh dari sebulan atau separuh dari 30..
so it a middle hahhaha..
ok hari ni dia tanya plak..kalau dapat RM 1 juta, apa yang anda buat denagn duit tu??
meh kita tengok idaman hati dulu..hahahha
- aku nak beli kreta n rumah
- then g haji bawa parents aku skali
- pastu yang selebihnnya kalo ada lebih aku nak masuk dapat ASB :)
kalo masa ni aku dah ad umah n kreta so kranya idaman pertama tu reject n teruskan dengan idaman kedua iaitu g haji :)
p/s : wah hati berbunga riang miss u lah n
lagi 3 hari je aku dah kena keja tak dapat lah nak berblg nanti..rindunya lah :(
Wednesday, August 3, 2011
day 14 cabaran 30 : perkara menarik yang anda lakukan hari ini
korang semua sihat x??
harap² korang semua sihat lah yeah :)
ok hari ni dah hari ke 14 lah..
apa yang menarik anda lakukan hari ni..
pada aku hari ni yang menarik nya aku masih lagi dapat memanaskan en TV n en. Lappy aku..
hahhaha..
tapi hari ni aku dah sedia tuk ready kan uniform..
n hepy sebab masih dapat berbuka puasa dengan family :)
p/s : tak ready lah nak keja before raya..
Tuesday, August 2, 2011
puasa??? part 1
(pasni kan korang tengok r penuh orang up entry raya..kenapa tak caya ke? wa berani jamin ma sama lu olang semua..hahhaha)
apa itu puasa...
ni aku search kat wiki wiki wikipedia :)
Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu..
macam korang tau bukan agama islam je tau ada puasa..agama lain pon ada...ni lah yang en wiki wiki kita bagitau
Puasa dalam agama Islam
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Ialam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Puasa dalam agama Kristian
Dalam Katolik, puasa bermakna mengurangkan pengambilan makanan kepada satu hidangan besar (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari Jumaat Lent) dan dua hidangan kecil (diambil pada waktu pagi dan petang). Mengambil makanan di antara waktu makan ini tidak dibenarkan. Berpuasa dimestikan untuk penganutnya pada hari tertentu. Berpuasa sepenuhnya bermakna mengelakkan daripada memakan daging untuk sehari. Berpuasa separuh bermaksud mengambil daging hanya sekali pada hari tersebut. Kepada sesetengah Katolik, berpuasa bermaksud tidak makan apa saja kecuali minum air.
Paus Pius XII pada mulanya melonggarkan beberapa peraturan berkenaan puasa pada tahun 1956. Pada tahun 1966, Paus Paul VI menukar peraturan ketat berpuasa dalam agama Katolik Kristian. Dia mengesyorkan berpuasa bergantung kepada situasi ekonomi tempatan, dan semua penganut Katolik berpuasa secara sukarela. Di Amerika Syarikat, hanya terdapat dua hari yang wajib berpuasa - Rabu Ash dan Good Friday. Hari Jumaat Lent pula adalah hari menahan diri daripada memakan daging. Ajaran pastor sejak tahun 1966 adalah puasa secara sukarela semasa Jumaat Lent dan menahan diri daripada makan dan minum pada hari Jumaat lain. Apabila kesihatan atau kerja seseorang terganggu, peraturan ini tidak dimestikan.
Penganut Roman Katolik juga dimestikan mematuhi Puasa Eukaris yang bermakna tidak mengambil apa-apa melainkan minum air atau ubat selama sejam sebelum Eukaris (Holy Communion). Amalan pada masa dulu adalah berpuasa dari tengah malam sehingga pada hari upacara tersebut tetapi kerana upacara pada waktu tengahari menjadi kebiasaan, berpuasa untuk ini diubah kepada berpuasa selama tiga jam. Peraturan terkini memestikan berpuasa hanya selama sejam, walaupun begitu beberapa penganut Katolik masih mematuhi peraturan lama.
Puasa dalam agama Yahudi
Puasa untuk umat Yahudi bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur dan Tisha B'Av (lihat di bawah), tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil. Memakan ubat pada umumnya tidak dibenarkan, kecuali di mana suatu arahan doktor akan melarangkan ketahanan diri. Umat Yahudi yang mengamal berpuasa sampai ke enam hari pada satu tahun. Dengan pengecualian Yom Kippur , puasa tidak dibenarkan pada Shabbat, kerana rukun menyimpan Shabbat adalah mengikut bible ditentukan dan mengatasi hari-ari puasa berinstitusi rabbi kemudian. Yom Kippur adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Torah.
Puasa dalam agama lain
Amalan berpuasa tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Penganut-penganut agama lain turut berpuasa, sebagai contoh agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Apa yang membezakan puasa-puasa ini ialah cara perlaksanaan dan juga waktu berpuasa. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.
sebabnya puasa ni ada banyak kelebihan dari segi kesihatan..
nantikannya dia entry puasa part 2 ekh...
mata dah ngantuk lah..tak dapat tahan lagi
p/s : minggu depan dah start keja mesti tak dapat nak berblogging lagi :(
Monday, August 1, 2011
ce komen cikit header baru saya ni :)
hari ni aku duk abiskan masa edit tuk header jew..
bukan apa aku rasa cam bosan plak ngan header lama tu..
dah lah aku ni gile lemah dalam mengedit ni..
abik ko sejam lebih kot aku abik masa nak edit..letih²
heheh..dah lah berpuasa...padahal saje nak buang masa bila berpuasa ni so terasa lah aiiii cepatnya lah masa berlalu..
hehehhe
hah ni header lama aku..

ni plak yang baru...

ok leaps ni confirm 10 tahun lagi baru aku tukar lagi header ni...
lepas dah ada perubahan kat diri....
example dah tak single ke a.k.a kawen...
awww..miang...
korang komen cikit cantik ke header baru ni..
aku rasa huduh jew..
tulisan simple giler...
tapi kan aku rasakan macam tak matang lansung...
coi mira oiii ko dah besar tau..bila lah nak matang ni hah..
p/s : kalo lah saya sambung study degree in computer n tolak nursing apa lah saya jadi agaknya..tapi saya dah tolak cos tu n saya pilih nurse..hei² semoga menjadi misi yang berjaya..
aku rasa lagi best guna misi dari nurse :)
day 13 cabaran 30 : apa yang ada dalam beg duit anda
hah macam mana semua bila puasa ni...ok tak semua??
harap² ok lah yeah...
ok ni dah masuk hari ke 13..
apa yang ada dalam beg duit anda...
confrm lah ada duit...
ok pada pendapat saya lah kan beg duit tu maksudnya purse kan bukan beg yang selalu perempuan bawa tu kan a.k.a handbag
so semestinya ada
- duit kalo lah tak duit wat apalah namakan dia beg duit
- kad atm
- ic
- lesen
- apa lagi nak letak..cukup lah tu..tu pon aku rasa dah cukup gemuk dah beg duit tu..
p/s : nak tukar header baru lah :)
nak ramadhan ni korang ingat tak?
pegh...kalo pagi tadi kita duk usha ramai up entry khairul fahmi putus tunang...
tapi pada tengah² malam gini..
ramai up entry bulan puasa plak..
termasuk lah aku..
so pada korang yang dah lupa nak niat nak berpuasa esok hah ingat² kan lah kembali
ni niat puasa yang korang kena baca tiap² hari..maksud nya setiap hari korang kena baca niat ni..ataupon dengan kata mudah LAFAZ NIAT PUASA HARIAN :)
ni plak niat puasa untuk sebulan..bagus baca niat ni sebab bila kekadang korang termis sahur korang sebab tak sedarkan diri bila tido so jangan risau niat tak baca sebab korang dah baca niat ni..dengan kata mudah lagi ringkas...LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN :)
dah tau kan niat puasa semua..
so selamat lah berpuasa..
tap nak ingat kan lagi dah puasa tu kang bila petang korang g plak bazar ramadhan...
pegh wa cakap lu..bila tiba bulan ramadhan memang ramai lah umat islam mencari duit lebih..macam² gerai lu jumpa..memang terbaik lah..
kekadang bukan kita umat islam je yang gian nak ke bazar ni..bangsa lain tak kurang gak..sama² balun...1 malaysia lah kan :)
tu kang jangan plak kasi lantak ko makan sampai tak larat nak bangun..terus kosong masjid bila terawih..makan beragak lah..beli makanan kat bazar tu agak² lah beb..
(dengan kata lain nasihat tuk diri sendiri..korang janagn bagitau orang lain memang aku lah yang duk angau bazar ramadhan ni..almaklum lah masa ni lah ko dapat jumpa macam² jenis makanan yang ko belum penah jumpa)
dah² ko duk nak buka puasa tu jangan lupa plak baca doa..ni tak dengar je azan zapppp air dah ke tekak doa buka entah kemana...
doa berbuka puasa :)
lepas dah siap semua makan korang baca lah plak doa selesai berbuka puasa..jangan plak ko bangun gosok perut je
doa sesudah berbuka :)
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.p/s : aku tak pasti ni betul ke tak..tapi ada orang penah cakap kat aku kalo lepas baca doa berbuka then kita niat dalam hati hajat kita for example nak exam straight A lepas tu baru kita minum air n berbuka cam biasa..orang kata niat kita masa tu maybe boleh termakbul..betul tak??ada tak mana² yang tau komen cikit :)
Sunday, July 31, 2011
day 12 cabaran 30 : apa yang ada dalam beg mekap anda
pegh hari ni kalo korang tengok entry semua orang mesti duk sibuk cerita si penjaga gol malaysia tu putus cinta...
aku pun bangun je pagi² tadi terus adik aku tunjuk newspaper tu hah si khairul fahmi a.k.a apek tu putus tunang...
alololo..jodoh tak panjang ye..
nak wat camne kan..lagipon pada aku lah dia tu muda sangat..
enjoy dulu masa muda remaja ni..
nanti dah ada tanggungjawab tak dapat dah nak enjoy sakan..
ok² hari ni dah hari ke 12 kan...
apa yang ada dalam beg mekap anda
beg mekap ni aku bukan selalu ada lah..
bila nak kemana² baru ada..maksudnya kalo nak berjalan jauh yang memakan lebih 24jam..
barang yang mesti ada
- krim pelembap
- krim muka (yang kecantikan)
- foundation
- lip ice sheer colour
- bedak compact
- redorant
- brooch tdung :)
- toner
tapi kalo tak dalam beg aku yang aku bawa kemana saje memang dah sedia ada bedak compact n lip ice so selagi tak melebihi 24jam aku bawa 2 barang tu jew..
p/s : malu sey nak share apa ada dalam beg mekap..bajet muka cantik je nak cakap barang apa ada..nak cakap guna jenama apa lagi malu kot...
anda jatuh cinta ke??apa tandanya?
cewah...
sekarang ni aku tengah angau mengupdate entry lewat malam...
dah lah tengah malam..pastu plak update pasal cinta love ♥♥♥♥♥♥
wah abik ko love bebanyak...
ok hari ni aku nak bagitau apa tanda² awal ekau tu dah jatuh cinta pada seseorang
→ ko ni ada ramai dah kawan yang lain jantina ngan korang lah..dah boleh wat stok dah punya ramai kawan..sampai pergi mana² semua orang kenal lah..semua kawan korang lah..tapi kau i ingat pada sorang ni je..pagi petang siang malam termuncul muka dia..ekh dah makan ke dia..tengah wat apa dia..sihat ke tak? memang dah angau abis dah walaupon korang cuba nafikannya :)
kalo perlu guna pihak ketiga apa salahnya meminta bantuan pihak ketiga..tapi pastikan pihak ketiga tu jangan makan orang plak...
→ pegh korang ni jadi tak tentu hara lah bila tak dapat dengar suara dia sehari..duk angau tunggu dia cal..sampai kan angau gile korang tu korang g call dai tp diam je orang disana duk sibuk hello² ko diam sambil senyum kambing..puas sey dapat denagr suara..kalo cam tu memang dah parah dah tu
→ ko jadi hangit lah bila dia ni duk cakap ish orang ni cantik..ish orang ni ensem..sedang kan diri kau tu hah dia sebelah mata pon kurang jelas jew..dalam hati panas sey..tu tanda nya cemburu..cemburu tu tanda nya sayang..sayang tanda nya ♥

→ nak jumpa dai tu memang susah lah...dalam sebulan adalah sekali..dalam setahun adalah 2 kali..abik ko sekali jumpa kau rasa macam dunia kau punya rasa macam semua benda kau nak wat nagn dia..makan ice cream lah tengok wayang lah duk lepak kedai mamak lah..pelik² jelah..kasi kumpul berapa lama punya aktiviti..pastu bila balik je..sampai je duk baring atas katil senyum sorang² sambil wayang dating tadi tu berputar macam wayang filem :)
→ lepas tu apa sahaja dia bagi kat korang walhal sampul gula² yang dia makan pon kirang simpan dalam satu album kasi baik punya..sampai semuat datang abis kasi penyek semut tu korang keja kan..apa lagi tiket wayang bersama sampai dah reput pon korang simpan lagi..
→ kekadang datang sengal nya ko ni konon nya nak bagi dia jeles lah..duk cerita ko kuar ngan kawan lain..cerita yang kawan ko punya pasangan ni hot abis lah..yang dia no respon..last² ko juga makan hati..sabar jelah ekh..
→ kalo dah suka tu kentut pon wangi kan..so apa sahaja perangai dia korang turut kan juga...
dia duk merepek UFO datang bumi pon ko layan kan je..hati berbunga lah katakan..dia cakap teringin nak makan kerbau masak lemak pon ko sanggup masakkan dah hantar bagi dia makan..sampai cam tu ke?? :)

→ bila parents ko tanya bila ko ni nak kawen..tanya jodoh ko..duk sibuk nak carikan jodoh..ko tolak lah tak nak..cakap belum tiba mas alagi nak kawen lah...tapi dalam hati dah tersimpan si dia..kepala otak terus je teringat pada dia yang satu tu..tu jelah yg kau ingat pon..
→ korang mula mempercayai apa yang dicakapnya...dia cakap malaysia menang world cup pon ko caya..dia cakap dai jadi perdana menteri pon ko caya..jangan palk nanti sampai dai menipu duit ko pon ko caya gak..tu dah parak sangat tu..

ni lah perasaan korang tapi malu nak ngaku..yelah masalahnya sebelah pihak lagi tak de cakap pape pon kan..jangan lah disimpan lama² kan menyiksa diri...
cuba tuk cakap terus terang..tapi dengan cara baik..tapi bila dia menolak korang janagn plak sampai putus kawan..kawan tetap kawan...jangan ego tinggi sangat plak..tapi biasalah manusia kan..yang depan mata tak nampak duk sibuk melilau cari yang jauh entah kemana..
p/s : nak update pasal ramadhan lah nanti..tak sabar nak puasa









