Wednesday, February 9, 2011

asthma bay..

ok tak pasti kenapa tetiba hari ni aku terasa nak cerita pasal medical..sebelum ni tak penah plak aku cerita pasal medical ni..

apa itu asthma?

ASTHMA ialah masalah inflamasi kronik pada salur pernafasan yang menyebabkan terlalu sensitive kepada pelbagai rangsagan dan penghasilan mukus (alah hingus korang tu a.k.a kahak) dengan ciri wheezing (bila korang nafas ada bunyi macam wisel sedang ditiup) , dyspnea (sesak nafas rasa cam nak mati..oh oksigen) , serta batuk yang berulang-ulang (tapi kekadang korang tak dapat batuk ni)

korang boleh dapat asthma jika korang.........
  1. ada alahan pada -persekitaran contohnya habuk serta debu,asap rokok (say no rokok..busuk kot bau dia) , bulu binatang macam kucing ke... - makanan contohnya makanan laut ke , makanan yang ada bahan pengawet kew..
  2. kesan ubatan yang korang ambil
  3. terdapat jangkitan kuman
  4. korang gasak sangat melakukan aktiviti fizikal yang lasak atau senaman yang sangat memenatkan (korang kena lah jadi seorang yang sopan santun ye..hehehe..)
  5. cuaca yang berubah-berubah contohnya terlalu sejuk
  6. korang alami gangguan emosi (so jangan stress ye)
  7. and last sekali keturunan..(kalo korang memang lah ada keturunan tak dpat nak wat apa lah)

sign and symtom bagi orang yang mendapat astma ni ialah
  • chest tightness - korang akan rasa macam dada korang ketat sangat serta susahnya lah korang nak bernafas
  • batuk - korang akan dapat batuk sebab dalam paru-paru korang banyak sangat kahak
  • wheezing - bila korang dah susah sangat nak nafas so korang akan guna tenaga yang lebih banyak untuk korang mencukupkan oksigen dalam badan korang so perkara tu sebab kan bila korang bernafas akan ada bunyi wheezing
  • dypsnea - disebabkan salur pernafasan korang dah sempit so korang memang lah akan rasa susah tuk korang bernafas

macam mana asthma ni boleh berlaku pada korang..bagaimana ye..

mari kita mulakan cerita ye..
rangsangan bahan - bahan allergen (debu , makanan , cuaca , alahan ,aktiviti) akan hasilkan B limfosit dan proses inflamasi berlaku. ini akan meransang IgE yang terdapat di sel-sel mast dan basofil yang terdapat di dinding otot licin saluran bronkial bagi menghasilkan histamin , bradikinin dan prostaglandin. inflamasi ini akan menyebabkan lapisan sel epithelium musnah.
histamin akan meransang pengeluaran mukus yang berlebihan dan menyebabkan ketelapan kapilari meningkat.
ini juga akan membawa kesan edema dan juga bradikinin dan prostagladin yang sebabkan bronchospasm.
semua keadaan tadi menyebabkan halangan dalam pengaliran udara. ini ditunjukkan dalam keadaan wheezing dan chest tightness.
maka asthma pon akan berlaku pada diri anda..


(letih den buat gambar rajah ni..wat sendiri tau..no image from google)



p/s : nanti jika ada masa kita akan sambung next entry dengan klasifikasi asthma , ubatan and pape je yang tertinggal lagi

vocabulary..

wheezing : nafas yang berbunyi seperti bunyi wisel apabila korang tarik nafas
mukus : hingus atau pun kahak tak pon sekresi semua sama je maksudnya
dypsnea : sesak nafas
edema : bengkak
bradikinin : polipeptida (protein) yang terdiri dari 9 asid amino
prostagladin : bahan seakan hormon yang mengecutkan otot licin di bronkiol


extra p/s : huh..tiada lansung mengguna khidmat google..baik dari gambar rajah taupon infomasi..mengguna khidmat nota yag sedia ada..hehhe..kiranya aku dah study tajuk asthma ini..hehehe..


Thursday, February 3, 2011

bnyk cerita dlm 1 msa..

ok first kita mulakn dengan cabaran pulang kerumah pada hari raya cina ini..
sangat mencabar...beberapa hari sebelum nak balik dah lah segamat banjir :(
tak perlu pamirkan gambar kot..anda tengok kat paper jelah..sebab aku pon tida di tempat kejadian so tak dapat cerita banyak..tapi dapat tahu daripada kawan n family rasa macam lagi teruk dari 2006 dulu..

2 hari after banjir n hujan tak berenti tu..aku minta lah member tukarkan tiket bas (sebab pandai sangat g beli tiket terlalu lewat..habis keja kul 2 ptg patut g bei kul 3ptg gatai g beli kul 6.30 ptg pastu dah serabut tak tahan nak balik awal..konon takot tak sempat dapat tahu banjir tak senang duduk..tapi mak cik tu kata..tak boleh tukar dik..sob3 sedihnya)
hari2 call ibu tanya boleh lalu ke takni..nak balik juga..sampi 2hari bulan waktu untuk pulang masih lagi tak dapat lalu lagi :( n bas pon tak mahu jalan..n pulang semula tiket dapt kembali duit :)
so disebab kan terlalu sangat nak balik..tumpang lah makck yang ingin pulang ke batu pahat..tp kena lalu jauh ckit..kena lalu ke yong peng sana..hah terpaksa abah jemput di yong peng..memang jalan tak dapt lalu jika dari seremban ni..nasib ada jalan kedua yang jauh juga berpusing-pusing..tak kisah janji sampai :)
n hari ini 3hari bulan saya dengan selesanya berada dirumah..hoorrraayyy!!!!!
tapi sedih jew..cuti ciput jew dapat..ahad ni 6hari bulan sudah keja semula..shift pagi plak tu..


ok next story plak pasal cerita pertama kali berkhidmat di emergency (masih practikal jew..nanti kalo keja dapat di A&E ni bestnya!!!!)
best giler..banyak pengalaman n banyak benda dapat dilakukan n jumpa macam sakit orang...
hope nanti keja dapat posting di A&E (imaginasi nak tinggi)


then next..nanti nak update pasal g umah kak ayun.. best dapat shopping barangan dari ayunar n chaz..

next entry update cerita tersebut sebab gambar2 masih pada kawan..tak sempat nak abik lagi..sangat bz..

p/s : jumpa anda lagi next entry...buah buahan (fruit) masih ada banyak lagi :)