Monday, February 21, 2011

kawan saya

saya minta maaf kalo ada salah silap..tapi saya sendiri tak pasti apa yang berlaku..
maaf segala nya..
saya harap kita seperti dulu :)


Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

p/s : saya rindu awak kawan..rindu hang out sama2..rindu borak sama2..rindu gurau senda sama2..rindu segalanya...awak tak lagi kongsi cerita dengan saya..

update : harap maaf dengan setiap kesalahan ejaan..saya memang mengalami masalah tersebut..biasalah kanak-kanak ribena :)




bayar hutang zura =)





1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda atau pada saya maksudnya barang kan..semestinya handfone , en lappy shawl2 saya yang cantik2..walah hai

2. Benda terakhir yang korang beli g
una duit korang?
barangan perempuan n teh..malam ni nak wat teh susu lah.sedapnya =)

3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah t
emanya nanti?
di rumah kesayangan..tak suka wat dewan o hotel..tak de feel kenduri kot..n tema tak dipikirkan lagi..saya muda lagi..calon pon tak brapa nak pasti je siapa..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ye saya sedang bercinta..bercinta dengan diri sendiri..hahha..sayangi lah diri anda kerana ia amat berharga..kalo bukan kita yang sayang n cinta diri kita sape lagi nk sayang n cintakan diri kita...walah ayat..korang nampak tak ayat-ayat matang disitu..

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kekasih?walah..tak pasti lah semua ni

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
........

7. Novel / buku / majalah terakhir dibeli?
tak pasti lah..rasa macam dah lama sangat tak membaca...
huhuhu..mungkin buku study lah..aku baru pas jawab test kot..
majalah novel semua tu dah lama tak belek..rindunya nak tengok gabar cantik di majalah..

8. Apakah nama penuh korang?
yang tercatat dalam ic yang dulu abah bagi nama noramira binti sazali..
i love my name so much..bukan senag tau parents korang fikir nama untuk korang


9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
kedua-dua nya..kita kena adil tau..paling suka part g shooping ngan ibu..sebab ibu tahu apa yang perempuan nak..tapi abah pon paham gak keperluan hidup saya cntohnya makanan!!!!

10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
saya tak rasa nak jumpa sesape lagi..just nak jumpa kawan-kawan lama jew....


11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
sejak duk kolej ni memang lah kena basuh baju sendiri..kalo kat umah semestinya tidak..


12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
paris..sebab tempat tu cam romantik jew..

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk!!love it peluk bantal bucuk..wah dah rindu comot =)

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1. member sejak sekolah rendah lagi
2. dia cantik
3. teringat nama pangilan masa sek rendah dulu..ooppss



15. 5 benda yang disayangi dalam hidup korang?
1. fon yang beli dengan titik peluh sendiri (penat sey kumpul duit)
2. shawl cantik
3. comot =) tak boleh tido kalo tak de
4. en.lappy yang berharga
5. apa lagi ekh..sayang semua barang yang orang bagi..saya sangat menghargainya

16. Lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
semua lagu yang memberi makna mengikut keadaan...

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
6989
6 september 1989
dimana saje anda nak sambut bezday saya saya terima..sebab lain orang sambut lain tempatnya..huhuh..
yelah kawan sambut kat kolej..
family kat umah..so lain kan..

18. 8 rakan blogger yang korang nak tag.
sory malas nak tag..so saya tag pada semua yang membaca.sila ambil ye..jangan segan silu


p/s : sory malas nk upload gabar o pape..just typing jew..


update : harap maaf dengan setiap kesalahan ejaan..saya memang mengalami masalah tersebut..biasalah kanak-kanak ribena :)



















Sunday, February 20, 2011

Show Your Cutest Look Contest

ok ni nak join contest lagi..
contest ni dah di invite oleh villainous sweethear (aqeela)
thankz sebab ajak kite join contest awak..awak klik sini tuk ke link contest
first kita tengok banner dia dulu....

cantikkan banner dia..comel gitu..
skarang meh kita tengok syarat-syarat plak..

Syarat-syarat:

1. Hanya orang yang ada blog/facebook sahaja boleh masuk. Kalau tak ada sign up sekarang :p

2.Add kami di facebook or just tekan like button kat sini


3. Ajak sekurang-kurangnya 5 orang kawan tuk like page kami.

4. Or, follow blog ni and buat satu entry kat blog anda tentang contest ni. Tak kisahlah macam mana pun caranya korang buat entry tu, asalkan Qeela dan kawan-kawan korang boleh nampak banner warna coklat&pink tu kat blog korang. Jangan lupa tag kawan2 anda (minimum 5 orang)

5. Bila dah buat semua ni, korang boleh proceed langkah seterusnya :)


Apa yang perlu dilakukan??

1. Tangkap gambar anda yang terpaling comel.KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB je ea.Kalau nak lagi best, boleh pose ala-ala korean style gitu. hehe..
Then jangan lupa hantar kepada kami melalui email villainoussweetheart@yahoo.com
p/s: sertakan nama, alamat, nombor telefon, blog link korang (in case anda adalah pemenang!!)

saya : tak paham kat part ni..maksudnya saya kena bagi semua tu kew??atau bila dah tau pemenang?tapi saya wat je lah anggap macam pemenang jelah..muhahahhaha

2. Memandangkan kami lebih mementingkan kecomelan, so, mana-mana pose yang seksi, seram, suram tak akan Qeela terima!!

3. Kalau korang guna prop yang comel macam teddy bear, barang-barang or orang-orang yang kiut-miut pun boleh diterima dan amat digalakkan.Yelah, korang mesti dah bosan posing sorang2, so, tunjukkan kami kecomelan yang lain daripada yang lain. ^^


1. dia nak saya follow dia - done dah follow

next....................
saya nak mula dengan meletakkan gambar
disebabkan dia tak cakap kita kena letak berepa keping gambar kan
so saya letak lah 3 gambar..(ceh ingat letak banyak-banyak gambar boleh menang lah tu..heheh tapi manalah tau kan..just try)
n now

clik - clik
cik qeela awak pilih lah mana yang boleh jadi menang ye.. :)

awak semua nak tengok tak hadiah dia..memang best tau..

Hadiah dia apa eh??

1st Prize:
Barangan daripada blogshop http://villainoussweetheart.blogspot.com/ bernilai RM100

2nd Prize:
Barangan daripada blogshop http://villainoussweetheart.blogspot.com/ bernilai RM 50

2x Hadiah saguhati.

koranag nak tau tak macam mana korang nak menang..saya dah cuba cara tersebut..harap dapat lah menang ye...

Macam mana nak menang??

1. Tunjukkan kami dalam gambar anda tu (selain daripada kecomelan anda), happiness, perasaan gembira, joyous and pastikan muka anda berseri-seri. Selain tu, background gambar juga akan mempengaruhi keseluruhan pose anda. ^^

2. Kami sendiri yang akan judge pose yg paling cantik. 100% keputusan di tangan kami.

ok ni 5 orang yang saya tag..meh join ye kawan2
1.biha
2.mimi
3.nanie
4. sofea lang
5. zura
p/s : saya tak cute..cantik pon tak..boleh menang kew?


update : harap maaf dengan setiap kesalahan ejaan..saya memang mengalami masalah tersebut..biasalah kanak-kanak ribena :)



Saturday, February 19, 2011

de end keja malam

yyeeehhhaaaaaa.........
setelah 3 hari bertungkus lumus tidak tido malam akhirnya berakhirlah semua nya..
malam ni dapat lah tido..tapi takot tak boleh tido plak..sebab dah terlebih tido siang..

bila praktikal rasa macam best nya dah abis keja malam..nanti dah keja tak de abisnya keja malam tu..memang kena ikut jadual bila keja malam...

hah ni nak cerita cikit pengalaman keja malam (wah poyo betul padahal masa sem 4 penah kot keja malam cuma berbeza wad jew..)

masa malam first tu memang kepala aku dah ting tong lah..sebab nya siang tu memang tak tido langsung..bukannya tak nak tido tapi tak boleh nak tido..
memang malam tu mata dengan kepala tak selaras dah..mata buka tapi otak memang confrm dah tido..tapi kan keja malam memang lapar sangat lah...makan megi cup jew..n malam pertama berjalan dengan lancar n dapat balik awal cikit tapi balik jew terus g makan (sebabnya member cakap makan nasi lemak kalo benda lain memang aku tak nak makan lah)
siap je makan aku terus masuk bilik terus tido n tak bangun2 sampai kul 3 rasanya ..oopppss aku miss lunch aku..dengan perut lapar aku tunggu kul 6 tuk makan malam..agggg tension sey skali g makan tengok dapat makan telur goreng jew...ooooo aku tak suka telur!!!tapi sebab lapar giler aku terpaksa makan..

malam kedua aku g keja dengan perut memang lah laparnya..pas dah siap semua keja aku ready tuk makan!!disebabkan lapar sangat aku makan 2 pau ngan megi tom yam (megi lagi..tu je yang mampu wat masa ni..elaun tak masuk lagi :( nak wat cam ne kan)
tapi keja malam first n second ni sangat best kot sebab staff yang keja best cikit..so rasa enjoy cikit...n dapat balik awal juga :) tapi masa ni aku tak g breakfast sebab makan tak sedap..nasi goreng jew..so terus tido tapi nasib baik dah pesan ngan roomate
"bungkuskan makanan aku tengah hari ni nanti aku bangun aku makan :) "
n bangun jew dari tido terus makan makanan yang dibungkus n tido balik :) tapikan tido siang ngan tido malam tak sama tau..kepuasannya tak sama lansung..tido malam lagi berganda seronoknya..
so hargai malam anda dengan tido sepuas-puasnya :)


malam ketiga aku punya emosi cikit hot lah..kepala sakit dah makan pcm n cinnaizine (khas tuk brain yang sakit) n dapat plak keja ngna staff yang memang tak bagi orang duduk jap..abis semua arahan dia keluarkan...dik wat ni..dik wat tu..pegh laaaa.....
memang jangan mimpi dapat balik awal lg..lewat lagi ada r..n bila kitaorang balik tak cakap pon tq..sorang je yang cakap staff yangtu memang lah baik..yang lagi 2 tu tak cakap thankz pon..
cakap pasal tq ni..masa malam tu..
ada sorang aunty cina minta tolong cuci BO (bowel open a.k.a berak)
"misi..nanti tukar pamper sudah berak"
"ok aunty nanti saya tukar..saya tengah ada keja lain nak wat dulu"
pegh tak mcam stiap 5 saat dia bagitau tukar pampers...
n bila keja dah siap..kitaorang pergi lah bersungguh-sunggu nak cuci BO dia..
lepas dah siap cuci semua BO kitaorg tanya lah aunty tu
"aunty..kalo orang dah tolong tukarkan pampers cakap apa"
"taik"
"hah???bukan lah"
"ada plak cakap cam tu..cakap tq lah aunty"
"bukan-bukan taik lah"
"aunty cakap sey sey (tq in cina..tapi tak tahu lah betul ke tak spelling nya ni) lah..kalo orang dah tukarkan pampers cakap apa?"
"tq misi"
hhoorraayyyy..berjaya juga suru aunty tu cakap tq..
cakap tq pon susah kew...
sejuk cikit hati kitaorang ni..

ok tiga malam tamat..
siang tadi memang aku bantai tido tak bangun lah..
makan pon entah kemana..


p/s : saya malam awak siang..saya siang awak malam..kita makin jauh..

1. jangan lupa wish tq..tak susah pon kan
2. hargai malam anda dengan tidolah selena-lenanya


oppss sory entry tiada gambar..tengah keja mana boleh abik gambar..no camera please in hospital..

update : harap maaf dengan setiap kesalahan ejaan..saya memang mengalami masalah tersebut..biasalah kanak-kanak ribena :)


Wednesday, February 16, 2011

tambah kolestrol yang sudah banyak di badan

konon-kononya masa nak kuar tu teringin sangat nak makan pizzzzzzzaaaa n kfc fishe donut..
dah teringin sangat tak kira lah ada duit ke tak tetap nak kuar juga...
padahal masa hari tu diberi cuti sebab kena hadir tuk majlis kebudayaan..n saya orang pertama yang hadir (berlawanan sebenarnya..oooppss :) tak sengaja terlajak tutup mata)

then bila mata terbuka jew..roomate dah jerit " wei majlis dah abis dah..bangun lahh wooo makan cepat..ni dapat makanan ni "
pegh dengar je pasal makan laju je bangun..eeeeyyyyaahhhh..jom makan semua..
buka polestrin wah..nasi hujan panas + air sirap lagi..dapat free..hhoorraayyy...

masa tu agak nak tengah hari juga lah..tapi aku kira ni breakfast lah..heheh sebab baru kul 10.30 kan..
lepas makan member2 semua ready nak g kenduri kawen kawan saya..saya je rasa cam tak perlu pergi..sebab saya kan dah pergi masa sebelah perempuan..segan plak nak g sebelah laki sebab bukan kenal pon sape laki tu..
so kira ok lah kan sebab dah pergi sebelah perempuan..

tengok kawan saya dah kawen laaa

then aku rasa lepas zohor lah baru kuar..senang ckit..dah siap sembahyang nanti...
so lepas besiap semua rancangnya nak g makan pizza n kfc yang baru tu :) then jalan2 kat pesta thai kalo jumpa barang berkenan ke..

p/s : time ni dah ajak sorang kawan saya..tapi.........dia tak nak ikut..tak pasti kenapa tetiba rasa macam geram + terasa cikit...aku tak kisah pon ko nak kawan dengan sape..tapi cuma terasa dekat part terasa macam kita menjauh je..padahal hanya selapis batu je :( sory kalo aku ada wat salah pape..kalo ko baca blog aku..tapi rasa nya tak cukup masa kot nak baca..


mari kita gerak jom..sebelum tu 1 gambar dulu clik..clik..

abaikan mana yang tida penting!! shawl baru..beli dah lama tapi tak penah pakai n first time pakai kale merah!

masa tengah tunggu bas dengan panas teriknya pon sempat lagi abik gambar tp sebelum tu nak cerita cikit..pegh tetiba ada satu kreta satria brenta..kalo vios ke tak pe lah juga..ada 3 orang mamat botak dalam tu so confrm dak army kot..tak suka nya...then brenti leh cakap camni "meh lah tumpang kalo tunggu bas lama lagi ni.."aku asalnya lantak ko lah dah lah aku tengah panas terik ni..member aku jawab "tak pe kitaorang boleh tunggu bas.."mamat ni boleh jawab "alah tak pe dapat jimat..korang bayar dua orang singgit je.kitaorg dapt duit minyak.."aku memang pantang orang nak tawar menawar ngan aku pasal duit..ingat aku ni apa..hah aku tetiba tengking "woi..korang kalo nak jimat sangat korang blah cepat tak payah nak brenti-berenti wat bazir minyak korang jew " aku cakap dengan nada yang tinggi dengan muka yang bengis giler..mamat tu terus cakap " ekh jangan lah marah-marah" dengan muka cuak terus blah..ko ingat aku heran dengan korang..suka hati aku lah nak naik bas ke..nak tnggu bas 5 jam ke..menyebok apahal.. member aku yang kat sebelah pon terkejut giler..dia pon tergamam dengar aku jawab cam tu..dia trus cakap.."hahhahaha..ko ni mira pakai baju nagn shawl cm ni dah ayu abis dah sekali marah pegh giler r" aku pon nak tergelak bila pikir balik..
n now clik..clik..

tunggu bas dengan ayu nya..wahahhahaha
p/s : style shawl ni cantik juga kalo letak pada contest (link contest) k.ayun (link blog k.ayun) ayunar(link tuk korang shooping shawl n inner cantik) ok kew?tp dah submit dah..takkan lah nak tukar-tukar lagipon rasanya satu gambar je boleh letak..kalo boleh nak add gambar jew rasanya disini..

samapai je g lepak-lepak kat tengok barangan dari thai tu..tapi nampaknya kecewa..tak de apa yang berkenan..so terus blah n g makan kfc.wahhahahaha...kononya nak alas perut laaa

ni lah set nya

so kitaorang share berdua je..yelah ayam dah ada dua..kang tak larat plak..dah laa tadi dah mkn nasi..tapi makan sampai lupa nak abik gambar so guna khidmat google jelah..kitaorg plus dengan chezzzzyyy wedges lagi..so dah cukup...

then ingat nak g tengok wayang tapi rasa macam tak de cerita best laaa..dari bazir duit melihat movie yang tak memuaskan hati so baik pergi karoake..hhoorraayyy...

bajet semua suara sedap..muuhhaaahahhahhaa

gambar ni pon start abik bila peti suara ni dah tak dapat nak kuar suara lagi

mana taknya nyanyi semua lagu tinggi-tinggi kot..menjerit abis semua nya..20 lagu plak + dengan 2 lagu free sebab abang tu rasa nak bagi kitaorg...muhahahha..padahal salah sisitem..tetiba hang so dia ganti lah..

dah lah pakai shawl bergaya-gaya jap lagi lepas karoake kitaorang boleh plak g mai bola keranjang kat tempat game...
pegh dengan begitu raai kot tengok sebab beriya nak dapat shoot banyak..hahaha..tp enjoy!!

dah buang peluh dengan aktiviti balikng bola kita g makan lagi..

kali ni pizzzaaa plak..

kami order pizza baru

tp pada pendapat saya kalo tak g makan pon xpe..baik makan yang biasa je..cheese dia sama je..dah kat tengah dia lompong..rugi inti dia..

cheese dapat ditarik-tarik

orang sebelah saya manager serve..kalo manager serve kitaorg ingat nak abik lagi banyak gambar..muhahaha


p/s : sory kalo ada sebarang kesalahan..tetiba terpikir..roomate aku cakap abis semua jadi cantik bergaya sebab kawan ngan aku..padahal aku ni lagi lah selekeh..tapi korang semua memang dah comel2 cantik2..
nanti tolong aku mencerah muka ni cikit ye..cet pemalas nak cuci + sapu krim ada hati nak cerah

hey..saya rindu lah...semoga dimurahkan rezeki awak..



Thursday, February 10, 2011

Contest : Ayun Ayunar My Style Contest



meh kita join contest..
tetiba tengah malam yang sayup ni nk terasa nak tulis entry pasal contest..
dah lama nak join cuma tak tahu nak tulis apa..huhu

meh kita tgk banner dulu..cantik sey...


contest ni nak suruh masukan gambar my style...
saya tak pasti nak masukkan gambar apa ye...
kita masuk kan jelah asal boleh..
tapi saya tengok semua orang masukkan gambar sorang-sorang..memang syarat dia cam tu ke?
tapi bila baca balik entry tu kak ayun cuma cakap "Buat satu entry pasal contest ni dgn tajuk Ayun Ayunar my Style Contest,upload satu gambar n ceritakan tentang style anda itu :) " so xkisah lah kalo ada member kan kat gambar tu :)

sory jika image kurang cantik..hanya guna camera fon..lupa bawa camera..


masa ni saya pergi kenduri kawen kawan saya..
so saya pakai shawl cotton ball dari ayunar and inner ayunar 2 tone olive green + neon yellow..
style saya ialah simple..tak kisah apa pun orang nak kata janji kita rasa selesa dengan apa yang kita pakai serta rasa confident bila berdepan dengan orang ramai..

inner ayunar ni sangat best..saya penah pakai bawa pergi mandi manda di laut and inner tu sangat selesa and bila nak snap picture dia masih seperti apa yang anda mahukan :)

p/s : meh kawan-kawan join contest..




Wednesday, February 9, 2011

asthma bay..

ok tak pasti kenapa tetiba hari ni aku terasa nak cerita pasal medical..sebelum ni tak penah plak aku cerita pasal medical ni..

apa itu asthma?

ASTHMA ialah masalah inflamasi kronik pada salur pernafasan yang menyebabkan terlalu sensitive kepada pelbagai rangsagan dan penghasilan mukus (alah hingus korang tu a.k.a kahak) dengan ciri wheezing (bila korang nafas ada bunyi macam wisel sedang ditiup) , dyspnea (sesak nafas rasa cam nak mati..oh oksigen) , serta batuk yang berulang-ulang (tapi kekadang korang tak dapat batuk ni)

korang boleh dapat asthma jika korang.........
  1. ada alahan pada -persekitaran contohnya habuk serta debu,asap rokok (say no rokok..busuk kot bau dia) , bulu binatang macam kucing ke... - makanan contohnya makanan laut ke , makanan yang ada bahan pengawet kew..
  2. kesan ubatan yang korang ambil
  3. terdapat jangkitan kuman
  4. korang gasak sangat melakukan aktiviti fizikal yang lasak atau senaman yang sangat memenatkan (korang kena lah jadi seorang yang sopan santun ye..hehehe..)
  5. cuaca yang berubah-berubah contohnya terlalu sejuk
  6. korang alami gangguan emosi (so jangan stress ye)
  7. and last sekali keturunan..(kalo korang memang lah ada keturunan tak dpat nak wat apa lah)

sign and symtom bagi orang yang mendapat astma ni ialah
  • chest tightness - korang akan rasa macam dada korang ketat sangat serta susahnya lah korang nak bernafas
  • batuk - korang akan dapat batuk sebab dalam paru-paru korang banyak sangat kahak
  • wheezing - bila korang dah susah sangat nak nafas so korang akan guna tenaga yang lebih banyak untuk korang mencukupkan oksigen dalam badan korang so perkara tu sebab kan bila korang bernafas akan ada bunyi wheezing
  • dypsnea - disebabkan salur pernafasan korang dah sempit so korang memang lah akan rasa susah tuk korang bernafas

macam mana asthma ni boleh berlaku pada korang..bagaimana ye..

mari kita mulakan cerita ye..
rangsangan bahan - bahan allergen (debu , makanan , cuaca , alahan ,aktiviti) akan hasilkan B limfosit dan proses inflamasi berlaku. ini akan meransang IgE yang terdapat di sel-sel mast dan basofil yang terdapat di dinding otot licin saluran bronkial bagi menghasilkan histamin , bradikinin dan prostaglandin. inflamasi ini akan menyebabkan lapisan sel epithelium musnah.
histamin akan meransang pengeluaran mukus yang berlebihan dan menyebabkan ketelapan kapilari meningkat.
ini juga akan membawa kesan edema dan juga bradikinin dan prostagladin yang sebabkan bronchospasm.
semua keadaan tadi menyebabkan halangan dalam pengaliran udara. ini ditunjukkan dalam keadaan wheezing dan chest tightness.
maka asthma pon akan berlaku pada diri anda..


(letih den buat gambar rajah ni..wat sendiri tau..no image from google)



p/s : nanti jika ada masa kita akan sambung next entry dengan klasifikasi asthma , ubatan and pape je yang tertinggal lagi

vocabulary..

wheezing : nafas yang berbunyi seperti bunyi wisel apabila korang tarik nafas
mukus : hingus atau pun kahak tak pon sekresi semua sama je maksudnya
dypsnea : sesak nafas
edema : bengkak
bradikinin : polipeptida (protein) yang terdiri dari 9 asid amino
prostagladin : bahan seakan hormon yang mengecutkan otot licin di bronkiol


extra p/s : huh..tiada lansung mengguna khidmat google..baik dari gambar rajah taupon infomasi..mengguna khidmat nota yag sedia ada..hehhe..kiranya aku dah study tajuk asthma ini..hehehe..


Thursday, February 3, 2011

bnyk cerita dlm 1 msa..

ok first kita mulakn dengan cabaran pulang kerumah pada hari raya cina ini..
sangat mencabar...beberapa hari sebelum nak balik dah lah segamat banjir :(
tak perlu pamirkan gambar kot..anda tengok kat paper jelah..sebab aku pon tida di tempat kejadian so tak dapat cerita banyak..tapi dapat tahu daripada kawan n family rasa macam lagi teruk dari 2006 dulu..

2 hari after banjir n hujan tak berenti tu..aku minta lah member tukarkan tiket bas (sebab pandai sangat g beli tiket terlalu lewat..habis keja kul 2 ptg patut g bei kul 3ptg gatai g beli kul 6.30 ptg pastu dah serabut tak tahan nak balik awal..konon takot tak sempat dapat tahu banjir tak senang duduk..tapi mak cik tu kata..tak boleh tukar dik..sob3 sedihnya)
hari2 call ibu tanya boleh lalu ke takni..nak balik juga..sampi 2hari bulan waktu untuk pulang masih lagi tak dapat lalu lagi :( n bas pon tak mahu jalan..n pulang semula tiket dapt kembali duit :)
so disebab kan terlalu sangat nak balik..tumpang lah makck yang ingin pulang ke batu pahat..tp kena lalu jauh ckit..kena lalu ke yong peng sana..hah terpaksa abah jemput di yong peng..memang jalan tak dapt lalu jika dari seremban ni..nasib ada jalan kedua yang jauh juga berpusing-pusing..tak kisah janji sampai :)
n hari ini 3hari bulan saya dengan selesanya berada dirumah..hoorrraayyy!!!!!
tapi sedih jew..cuti ciput jew dapat..ahad ni 6hari bulan sudah keja semula..shift pagi plak tu..


ok next story plak pasal cerita pertama kali berkhidmat di emergency (masih practikal jew..nanti kalo keja dapat di A&E ni bestnya!!!!)
best giler..banyak pengalaman n banyak benda dapat dilakukan n jumpa macam sakit orang...
hope nanti keja dapat posting di A&E (imaginasi nak tinggi)


then next..nanti nak update pasal g umah kak ayun.. best dapat shopping barangan dari ayunar n chaz..

next entry update cerita tersebut sebab gambar2 masih pada kawan..tak sempat nak abik lagi..sangat bz..

p/s : jumpa anda lagi next entry...buah buahan (fruit) masih ada banyak lagi :)