Sunday, August 28, 2011

gile rindu blog n semua

salam korang semua...selamat hari raya..
pegh..korang jangan marah yeah kalo hari ni tetiba entry aku aku up bagi penuh..
hahahha..
yelah termaklum jelah baru jumpa streamyx kat umah ni hah..
duk keja baru nak mula hidup tak delah tenet ya..
beruk band pon xde lagi..
tapi kan kot² korang rasa nak bagi aku hadia beruk band aku terima jelah..
hahahha...
pegh serius sey aku rindu ile nak merepek raban kat blog ni hah..
pada yang follow saya thanks ekh..
apa jelah yang ada kat blog huduh ni hah..

nasib baik wei aku dapat cuti raya..
yelah nurse kan susah dapat cuti raya..
next year nak beraya meh lah datang jenguk aku kat hospital sultan ismail jb..
confirm aku tak dapat raya tahun depan..
so tahun ni kena lah raya sakan..hahhah


p/s : gile lama aku tak update cabara 30 aku..member yang aku tag lai jauh dari aku...boleh r kalo nak update banyak hari terus...hahaha


wish me gud luck :)Align Center

Sunday, August 21, 2011

kerjaya yang bermula :)


salam korang semua!!!!!
pegh korang..lama giler kan tak update..dah berminggu² kan...
kalo korang nak tau aku sekarang ni dah keja tau..
pegh memang lain sangat keja dengan belajar...

8/8/2011 aku daftarkan lah diri kat jabatan kedihatan negeri johor..
then tunggu punya tunggu maka tahu lah dapat hospital..
yeaahh saya dapat hospital sultan ismail (hsi) johor bharu..
pegh gile maju hospital ni..
masa masuk je terkejut giler..
yelah dulu masa praktikal kat seremban hospital lama...
kalo korang nak rasa selesa meh lah orang jb semua masuk hospital hsi ni..
mana tak nya ward semua nya aircon kot..tak de pon kipas..memenag masyuk lah..
dah lah hospital it..everything dalam komputer..
memang rasa lain sangat..
tapi seronok gak...

22 orang dari kolej aku dapat sana..giler ramai..
bila keja pon kitaorang keja sesama sendiri je..
memang best laa..
yelah dah kenal so senang sikit laa nak bekerja..
p/s : nampak tak beg kitaorang sama :) yelah beg dapat masa prom nite kitaorang :)

aku dapat department emergency (ED)
wah memang aku minat lah department ni..
seronok sangat keja..
hehehe..
korang wish saya gud luck ekh..
tahun ni saya dapat beraya tahun depan tak dapat..
so jumpa saya raya ni..
hah rasa nak jumpa saya meh lah wat sakit perut pastu datang emergency kat hsi ni..
haahhaha

p/s : aku kena raya sakan ni tahun ni..tahun depan dah tak dapat raya dah..


Friday, August 5, 2011

day 16 cabaran 30 : guru sekolah anda yang paling anda suka

salam korang..siaht tak semua di bulan puasa ni hah..
wah korang..pasni mesti lama lah aku tak dapat nak berblog..confirm pasni kan korang semua dah tak kenal apa tu blog saya purple awak biru ni hah almaklum lah dah r tak popular sedia maklum lah tak kenal pastu hilang tak kunjung tiba lagi lah maklumnya..
pasni aku confirm lah busy nak mampos nya hah..
sebab isnin aku dah mula daftar keja..
wish me good luck n hope sangat dapat sister yang sangat memahami jangan asyik nak duk maki hamun je..nanti nak keja pon tak seronok..
korang konon² nya wat lah hargai cikit kat entry² genting a.k.a saat terakhir sebelum aku sibuk tak pasti bila lagi dapat up entry ni hah..
hahhahha..dasar tak malu..

kalo boleh kau orang semua kasi lah komen sikit..komen lah pape pon..hang nak kmen blog aku huduh ke..blog aku blog ke laut ke ke jamban ke..tak kisah..


dah aku ni memang suka melaut..entah apa entah..tajuk tak kena lansung dengan entry..
tapi ada aku kisah...
mira tak kisah (gaya cam aiman tak kisah..hahhaha)

dah moh kita ke tajuk cabaran kita yeah abang² n kakak² sekalian adik minta maaf lah yeah melaut kejap..

guru sekolah anda yang paling anda suka..

pegh susah nak jawab..pada aku aku suka semua cikgu sekolah aku..al maklum lah tanpa dorang aku tak kenal ABC 123 semua tu lah..
tanpa dorang aku tak + - x % $
hahahha...
so aku sayang semua nya...
aku ni budak nakal kat sekolah so semua cikgu sayang aku..tak caya ko tak aku confirm aku jawab cam tu :)

p/s : betul dah kena keja ni..aku rasa awal sangat lah umur baru 22tahun dah kena keja..nak sambung study lagi..tapi apakan daya dah terikat kan :)


puasa??? part 2


salam korang semua..
sihat tak hari ni?hah mesti sihat kan
macam mana dengan puasa korang semua ok tak?
tak kan lah dah puasa yak yok kot pagi² buka periuk..
ke ada yang dah ponteng puasa..
ish jangan lah gitu..tak baik tLinkau..
kalo korang nak tahu puasa ni sebenarnya baik tau dari segi kesihatan..
tak caya meh den cerita cikit pada engko..

ok artikel ni aku abik kat en wiki wiki kita..oh sape en wiki wiki tu yeah..hah klik sini :)

puasa dan kelebihan nya pada kesihatan :)


  • kalo korang nak tahu pada zaman moden ni ramai dah orang berpuasa..sebabnya untuk kesihatan...tak caya kalo tak kan tak kan bila korang nak buat pembedahan doktor tu suruh korang berpuasa..nak tahu apa alasannya..sebab nya dia takot masa pembedahan tu belaku aspirasi pneumonia iaitu jadah² yang korang makan tadi kan ada kat perut so bila pembedahan korang tak sedar kan diri so kemunginan makanan yang dah terbanyak tu boleh naik ke korang punya paru² n ini sanagt bahaya..boleh mati tau :) selain itu makanan yang ada dalam perut korang tu boleh menyebabkan kurang nya berkesan ubat bius tu pada korang

  • selain tu kan ada lah gak orang ni puasa sebabnya nak diet :) kan kurus tu cantik..(aku ni plak bila lah nak diet nya hah..duk umah sebulan lebih ni rasa macam dah kena pam² medadak naik lemak² semua..nasib baik lah uniform muat lagi..kalo tak naya jew) Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu ke sebelum ia berkesan. tapi kekadang dorang i amalkan makanan sihat macam makan sayur dengan buah jew :) tapi kan aku ada baca artikel tau..kalo kita nak diet dengan tak akan nanti korang nya metabolisme akan jadi rendah so nanti bila korang stop diet n korang makan macam biasa berat badan korang akan naik berganda lagi sebab kadar metabolisme rendah..so kalo diet kan bersenam gak supaya kadar metabolisme meningkat :)

  • tambahan pula bila korang puasa kan dia dapat rehat kan lah jap perut korang tu..letih kot dia asyik kena keja je..korang pon kalo keja duk sibuk kira cuti..apakan lagi perut..dia pon duk kira bila nak ramadhan ni..dapat aku rehat :)

  • pastu kan kalo korang nak tahu bila korang puasa kan dapat lah menghancurkan sisa toksin dalam darah korang..yelah masa nilah perut korang tu berpeluang melakukan keja lain..cam korang masa ni lah koran dapat wat keja lain cam berkebun ke..hahh tak pon duk panas kan en. lappy cam aku ni hah..lagi masyuk g panas kan tv dirumah :)

  • lagi² plak kalo korang ni jenis smoking hah masa ni lah rasa tanamkan azam dah berhenti isap rokok tu hah..ish..dah lah bau rokok tu busuk katakan tak nak
    ..cam tu juga kalo korang alkoholic..taubat lah :)



so dari puasa ni mungkin boleh menyebab anda panjang umur..sape tau kan..
tapi pape pon ajal maut di tangan Allah..kita hanya merancang n menjaga nya sebaik mungkin




p/s : ish kalo kena keja kat klinik ni kena rajin² bagi talk pasal kesihatan..hahhahah :)





thankz google for the image :)

Thursday, August 4, 2011

day 15 cabaran 30 : kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?

salam ramadhan semua :)
sihat kan semua..
ok hari ke 15 separuh dari sebulan atau separuh dari 30..
so it a middle hahhaha..

ok hari ni dia tanya plak..kalau dapat RM 1 juta, apa yang anda buat denagn duit tu??
meh kita tengok idaman hati dulu..hahahha

  • aku nak beli kreta n rumah
  • then g haji bawa parents aku skali
  • pastu yang selebihnnya kalo ada lebih aku nak masuk dapat ASB :)
kalo korang nak wat apa...

kalo masa ni aku dah ad umah n kreta so kranya idaman pertama tu reject n teruskan dengan idaman kedua iaitu g haji :)


p/s : wah hati berbunga riang miss u lah n
lagi 3 hari je aku dah kena keja tak dapat lah nak berblg nanti..rindunya lah :(



Wednesday, August 3, 2011

wordless wednesday # E


p/s : mana tangan betul mana tangan tipu

day 14 cabaran 30 : perkara menarik yang anda lakukan hari ini

salam korang semua..
korang semua sihat x??
harap² korang semua sihat lah yeah :)
ok hari ni dah hari ke 14 lah..
apa yang menarik anda lakukan hari ni..

pada aku hari ni yang menarik nya aku masih lagi dapat memanaskan en TV n en. Lappy aku..
hahhaha..
tapi hari ni aku dah sedia tuk ready kan uniform..
n hepy sebab masih dapat berbuka puasa dengan family :)

p/s : tak ready lah nak keja before raya..



Tuesday, August 2, 2011

puasa??? part 1



salam korang...bila tiba je bulan ramadhan je semua lah blogger mesti up entry pasal bulan ramadhan n berpuasa ni..termasuk lah aku ni hah..duk sibuk gak nak up entry puasa juga..
(pasni kan korang tengok r penuh orang up entry raya..kenapa tak caya ke? wa berani jamin ma sama lu olang semua..hahhaha)

apa itu puasa...
ni aku search kat wiki wiki wikipedia :)

Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu..



macam korang tau bukan agama islam je tau ada puasa..agama lain pon ada...ni lah yang en wiki wiki kita bagitau

Puasa dalam agama Islam

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Ialam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.


Puasa dalam agama Kristian

Dalam Katolik, puasa bermakna mengurangkan pengambilan makanan kepada satu hidangan besar (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari Jumaat Lent) dan dua hidangan kecil (diambil pada waktu pagi dan petang). Mengambil makanan di antara waktu makan ini tidak dibenarkan. Berpuasa dimestikan untuk penganutnya pada hari tertentu. Berpuasa sepenuhnya bermakna mengelakkan daripada memakan daging untuk sehari. Berpuasa separuh bermaksud mengambil daging hanya sekali pada hari tersebut. Kepada sesetengah Katolik, berpuasa bermaksud tidak makan apa saja kecuali minum air.

Paus Pius XII pada mulanya melonggarkan beberapa peraturan berkenaan puasa pada tahun 1956. Pada tahun 1966, Paus Paul VI menukar peraturan ketat berpuasa dalam agama Katolik Kristian. Dia mengesyorkan berpuasa bergantung kepada situasi ekonomi tempatan, dan semua penganut Katolik berpuasa secara sukarela. Di Amerika Syarikat, hanya terdapat dua hari yang wajib berpuasa - Rabu Ash dan Good Friday. Hari Jumaat Lent pula adalah hari menahan diri daripada memakan daging. Ajaran pastor sejak tahun 1966 adalah puasa secara sukarela semasa Jumaat Lent dan menahan diri daripada makan dan minum pada hari Jumaat lain. Apabila kesihatan atau kerja seseorang terganggu, peraturan ini tidak dimestikan.

Penganut Roman Katolik juga dimestikan mematuhi Puasa Eukaris yang bermakna tidak mengambil apa-apa melainkan minum air atau ubat selama sejam sebelum Eukaris (Holy Communion). Amalan pada masa dulu adalah berpuasa dari tengah malam sehingga pada hari upacara tersebut tetapi kerana upacara pada waktu tengahari menjadi kebiasaan, berpuasa untuk ini diubah kepada berpuasa selama tiga jam. Peraturan terkini memestikan berpuasa hanya selama sejam, walaupun begitu beberapa penganut Katolik masih mematuhi peraturan lama.


Puasa dalam agama Yahudi

Puasa untuk umat Yahudi bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur dan Tisha B'Av (lihat di bawah), tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil. Memakan ubat pada umumnya tidak dibenarkan, kecuali di mana suatu arahan doktor akan melarangkan ketahanan diri. Umat Yahudi yang mengamal berpuasa sampai ke enam hari pada satu tahun. Dengan pengecualian Yom Kippur , puasa tidak dibenarkan pada Shabbat, kerana rukun menyimpan Shabbat adalah mengikut bible ditentukan dan mengatasi hari-ari puasa berinstitusi rabbi kemudian. Yom Kippur adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Torah.


Puasa dalam agama lain

Amalan berpuasa tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Penganut-penganut agama lain turut berpuasa, sebagai contoh agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Apa yang membezakan puasa-puasa ini ialah cara perlaksanaan dan juga waktu berpuasa. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.


sebabnya puasa ni ada banyak kelebihan dari segi kesihatan..

nantikannya dia entry puasa part 2 ekh...

mata dah ngantuk lah..tak dapat tahan lagi


p/s : minggu depan dah start keja mesti tak dapat nak berblogging lagi :(


Monday, August 1, 2011

ce komen cikit header baru saya ni :)


pegh..
hari ni aku duk abiskan masa edit tuk header jew..
bukan apa aku rasa cam bosan plak ngan header lama tu..
dah lah aku ni gile lemah dalam mengedit ni..
abik ko sejam lebih kot aku abik masa nak edit..letih²
heheh..dah lah berpuasa...padahal saje nak buang masa bila berpuasa ni so terasa lah aiiii cepatnya lah masa berlalu..
hehehhe

hah ni header lama aku..



ni plak yang baru...


ok leaps ni confirm 10 tahun lagi baru aku tukar lagi header ni...
lepas dah ada perubahan kat diri....

example dah tak single ke a.k.a kawen...
awww..miang...

korang komen cikit cantik ke header baru ni..
aku rasa huduh jew..
tulisan simple giler...
tapi kan aku rasakan macam tak matang lansung...
coi mira oiii ko dah besar tau..bila lah nak matang ni hah..

p/s : kalo lah saya sambung study degree in computer n tolak nursing apa lah saya jadi agaknya..tapi saya dah tolak cos tu n saya pilih nurse..hei² semoga menjadi misi yang berjaya..
aku rasa lagi best guna misi dari nurse :)


day 13 cabaran 30 : apa yang ada dalam beg duit anda

salam korang...
hah macam mana semua bila puasa ni...ok tak semua??
harap² ok lah yeah...

ok ni dah masuk hari ke 13..
apa yang ada dalam beg duit anda...
confrm lah ada duit...

ok pada pendapat saya lah kan beg duit tu maksudnya purse kan bukan beg yang selalu perempuan bawa tu kan a.k.a handbag

so semestinya ada

  • duit kalo lah tak duit wat apalah namakan dia beg duit
  • kad atm
  • ic
  • lesen
  • apa lagi nak letak..cukup lah tu..tu pon aku rasa dah cukup gemuk dah beg duit tu..

p/s : nak tukar header baru lah :)


nak ramadhan ni korang ingat tak?


pegh...kalo pagi tadi kita duk usha ramai up entry khairul fahmi putus tunang...
tapi pada tengah² malam gini..
ramai up entry bulan puasa plak..
termasuk lah aku..

so pada korang yang dah lupa nak niat nak berpuasa esok hah ingat² kan lah kembali

ni niat puasa yang korang kena baca tiap² hari..maksud nya setiap hari korang kena baca niat ni..ataupon dengan kata mudah LAFAZ NIAT PUASA HARIAN :)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


ni plak niat puasa untuk sebulan..bagus baca niat ni sebab bila kekadang korang termis sahur korang sebab tak sedarkan diri bila tido so jangan risau niat tak baca sebab korang dah baca niat ni..dengan kata mudah lagi ringkas...LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN :)

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

dah tau kan niat puasa semua..
so selamat lah berpuasa..
tap nak ingat kan lagi dah puasa tu kang bila petang korang g plak bazar ramadhan...
pegh wa cakap lu..bila tiba bulan ramadhan memang ramai lah umat islam mencari duit lebih..macam² gerai lu jumpa..memang terbaik lah..
kekadang bukan kita umat islam je yang gian nak ke bazar ni..bangsa lain tak kurang gak..sama² balun...1 malaysia lah kan :)
tu kang jangan plak kasi lantak ko makan sampai tak larat nak bangun..terus kosong masjid bila terawih..makan beragak lah..beli makanan kat bazar tu agak² lah beb..
(dengan kata lain nasihat tuk diri sendiri..korang janagn bagitau orang lain memang aku lah yang duk angau bazar ramadhan ni..almaklum lah masa ni lah ko dapat jumpa macam² jenis makanan yang ko belum penah jumpa)

dah² ko duk nak buka puasa tu jangan lupa plak baca doa..ni tak dengar je azan zapppp air dah ke tekak doa buka entah kemana...

doa berbuka puasa :)

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


lepas dah siap semua makan korang baca lah plak doa selesai berbuka puasa..jangan plak ko bangun gosok perut je
doa sesudah berbuka :)

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

p/s : aku tak pasti ni betul ke tak..tapi ada orang penah cakap kat aku kalo lepas baca doa berbuka then kita niat dalam hati hajat kita for example nak exam straight A lepas tu baru kita minum air n berbuka cam biasa..orang kata niat kita masa tu maybe boleh termakbul..betul tak??ada tak mana² yang tau komen cikit :)