Sunday, July 31, 2011

day 12 cabaran 30 : apa yang ada dalam beg mekap anda

salam korang..
pegh hari ni kalo korang tengok entry semua orang mesti duk sibuk cerita si penjaga gol malaysia tu putus cinta...
aku pun bangun je pagi² tadi terus adik aku tunjuk newspaper tu hah si khairul fahmi a.k.a apek tu putus tunang...
alololo..jodoh tak panjang ye..
nak wat camne kan..lagipon pada aku lah dia tu muda sangat..
enjoy dulu masa muda remaja ni..
nanti dah ada tanggungjawab tak dapat dah nak enjoy sakan..

ok² hari ni dah hari ke 12 kan...
apa yang ada dalam beg mekap anda

beg mekap ni aku bukan selalu ada lah..
bila nak kemana² baru ada..maksudnya kalo nak berjalan jauh yang memakan lebih 24jam..

barang yang mesti ada
  • krim pelembap
  • krim muka (yang kecantikan)
  • foundation
  • lip ice sheer colour
  • bedak compact
  • redorant
  • brooch tdung :)
  • toner
giler banyak kan..almaklum lah lebih 24 jam..
tapi kalo tak dalam beg aku yang aku bawa kemana saje memang dah sedia ada bedak compact n lip ice so selagi tak melebihi 24jam aku bawa 2 barang tu jew..


p/s : malu sey nak share apa ada dalam beg mekap..bajet muka cantik je nak cakap barang apa ada..nak cakap guna jenama apa lagi malu kot...


anda jatuh cinta ke??apa tandanya?

hello korang serta salam 1 malaysia :)
cewah...

sekarang ni aku tengah angau mengupdate entry lewat malam...
dah lah tengah malam..pastu plak update pasal cinta love ♥♥♥♥♥♥
wah abik ko love bebanyak...

ok hari ni aku nak bagitau apa tanda² awal ekau tu dah jatuh cinta pada seseorang


→ ko ni ada ramai dah kawan yang lain jantina ngan korang lah..dah boleh wat stok dah punya ramai kawan..sampai pergi mana² semua orang kenal lah..semua kawan korang lah..tapi kau i ingat pada sorang ni je..pagi petang siang malam termuncul muka dia..ekh dah makan ke dia..tengah wat apa dia..sihat ke tak? memang dah angau abis dah walaupon korang cuba nafikannya :)
kalo perlu guna pihak ketiga apa salahnya meminta bantuan pihak ketiga..tapi pastikan pihak ketiga tu jangan makan orang plak...

→ pegh korang ni jadi tak tentu hara lah bila tak dapat dengar suara dia sehari..duk angau tunggu dia cal..sampai kan angau gile korang tu korang g call dai tp diam je orang disana duk sibuk hello² ko diam sambil senyum kambing..puas sey dapat denagr suara..kalo cam tu memang dah parah dah tu

→ ko jadi hangit lah bila dia ni duk cakap ish orang ni cantik..ish orang ni ensem..sedang kan diri kau tu hah dia sebelah mata pon kurang jelas jew..dalam hati panas sey..tu tanda nya cemburu..cemburu tu tanda nya sayang..sayang tanda nya ♥


→ nak jumpa dai tu memang susah lah...dalam sebulan adalah sekali..dalam setahun adalah 2 kali..abik ko sekali jumpa kau rasa macam dunia kau punya rasa macam semua benda kau nak wat nagn dia..makan ice cream lah tengok wayang lah duk lepak kedai mamak lah..pelik² jelah..kasi kumpul berapa lama punya aktiviti..pastu bila balik je..sampai je duk baring atas katil senyum sorang² sambil wayang dating tadi tu berputar macam wayang filem :)

→ lepas tu apa sahaja dia bagi kat korang walhal sampul gula² yang dia makan pon kirang simpan dalam satu album kasi baik punya..sampai semuat datang abis kasi penyek semut tu korang keja kan..apa lagi tiket wayang bersama sampai dah reput pon korang simpan lagi..

→ kekadang datang sengal nya ko ni konon nya nak bagi dia jeles lah..duk cerita ko kuar ngan kawan lain..cerita yang kawan ko punya pasangan ni hot abis lah..yang dia no respon..last² ko juga makan hati..sabar jelah ekh..

→ kalo dah suka tu kentut pon wangi kan..so apa sahaja perangai dia korang turut kan juga...
dia duk merepek UFO datang bumi pon ko layan kan je..hati berbunga lah katakan..dia cakap teringin nak makan kerbau masak lemak pon ko sanggup masakkan dah hantar bagi dia makan..sampai cam tu ke?? :)

→ bila parents ko tanya bila ko ni nak kawen..tanya jodoh ko..duk sibuk nak carikan jodoh..ko tolak lah tak nak..cakap belum tiba mas alagi nak kawen lah...tapi dalam hati dah tersimpan si dia..kepala otak terus je teringat pada dia yang satu tu..tu jelah yg kau ingat pon..

→ korang mula mempercayai apa yang dicakapnya...dia cakap malaysia menang world cup pon ko caya..dia cakap dai jadi perdana menteri pon ko caya..jangan palk nanti sampai dai menipu duit ko pon ko caya gak..tu dah parak sangat tu..


ni lah perasaan korang tapi malu nak ngaku..yelah masalahnya sebelah pihak lagi tak de cakap pape pon kan..jangan lah disimpan lama² kan menyiksa diri...
cuba tuk cakap terus terang..tapi dengan cara baik..tapi bila dia menolak korang janagn plak sampai putus kawan..kawan tetap kawan...jangan ego tinggi sangat plak..tapi biasalah manusia kan..yang depan mata tak nampak duk sibuk melilau cari yang jauh entah kemana..


p/s : nak update pasal ramadhan lah nanti..tak sabar nak puasa






Saturday, July 30, 2011

day 11 cabaran 30 : gadjet yang anda ada

hari ni sampai lah hari yang ke 11 tuk aku...
agak² kan hari datang tak angau aku nak update entry tengah² malam buta nanti...
wah meh nantikan yeah..

hari ni dia tanya plka gadjet yang anda ada..
anda ada gadjet apa??
secara seriusnya yang aku punya sendiri ada fon je satu..
tu pon masa tu aku letih duk kumpul duit nak beli fon yang satu tu...
berbulan² gak duk usha fon apa yang bila beli puas pakai n tak menyesal...
akhirnya aku memilih tuk beli fon ini..


kira ok lah sebab dia ada semua..
masa tu memang aku nak sangat fon slide tak nak touch² ni..takot kang ada gak 20 jam aku abik masa tuk taip sms..tapi sekarang ni memang tengah angau lah fon touch ni...pegh meleleh air liur tengok..

aku ni memang jenis kalo nak beli sesuatu aku akan pikir abis² dulu patut ke tak patut..wajar ke tak nak beli..selagi tak patut aku tak beli lantak ko lah nak kutuk aku ni zaman perang jepun ke punya barang...

tapi puas lah gak fon ni sebab ada semua
wifi ada
3g ada depan

so aku rasa tak puas lagi pakai..
biarlah orang nak kata fon ni zaman aku budak² kecik dulu..lantak kau lah..

gadjet lain tak de lagi..
yang memang ada pon tapi bukan dari hasil titik peluh aku lah..
hasil dari pa&ma...
so pada aku tu bukan aku punya aku hanya pinjam dari dorang..

kekadangkan aku tak paham budak² sekarang..
sesuka hati je alah parents aku ada..pegh mudahnya kau...
tau lah parents ko kaya tapi agak² lah wei..takkan ko tak de rasa nak merasa titik peluh kau..usaha kau..

jap..aku ni dah merepek dah ni..
ok cau..:)

p/s : wah kekadang tu rindu gak nak mengupdate entry ni ekh...
thankz pada follower yang follow blog saya :)




anda single?macam mana nak dapatkan pasangan?caranya :)

coi...sejak bila plak lah aku ni mengeluar tips² sebegini rupa....
hah ni lah gamaknya bila tengah malam punya entry...
lantak lah korang nak cakap apa...

meh sini aku nak bagi tips sikit bagi mereka yang masih single termasuk lah aku ni hah..
kat sini aku nak nyatakan 60 tips cara untuk anda mendapatkan pasangan hidup anda..


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti. kebiasaannya jodoh itu berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. sebab tu korang penah dengar kan orang cakap yang depan mata tak nampak tapi kita ni duk sibuk cari yang tak de di depan mata sebab tu tak jumpa² tu.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda. memang betul jodoh tu ketentuan Allah, tapi korang kena usaha juga. takkan lah duk tunggu kot jodoh korang jatuh dari langit.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. oleh itu kena kena terus berusaha. tapi kalo yang masih muda umur baru awal 20 an cam aku ni duk sibuk berusaha cari jodoh sepuk kan je..ni bagi orang yang dah stabil kewangan nya dah ready dah berumur cikit dah patut ada pasangan.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. ni tak dah lah umur tu dah 40-an duk jadi andartu lagi mana taknya duk sibuk kerja harta dunia yang tak habis ni hah pagi petang siang malam k sibuk kan diri kau tu dengan kerja lebih masa.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni . Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. think positive yeah..jangan asyik pikir negative je

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. inagt Allah selalu serta berdoa padaNya

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. tapi percaya lah setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. lagi satu semua manusia adalah cukup sempurna

10. buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. luahkan lah. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan). jangan lah pendam je..kalo tak luahkan manalah orangtau ko suka dia ke tak..tapi bagi yang dah luah pastu orang tak suka kau tolong lah terima hakikat..cinta tak boleh dipaksa ia akan datang sendiri

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. (tapi part ni aku ego sikit..kalo aku lah kan memang tak lah aku nak mulakn dulu..lantak pi lah kau..aku ni memang jenis perempuan ego tinggi sikit..)

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. janganlah simpan rahsia sampai dah kawen pon rasa macam tersalah kenal je. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. mana boleh berahsiakan

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri rasa sayang untuk mendapatkan rasa sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. (ni kalo dah terdesak kot..andartu sangat dah tu..tapi kalo umur baru berapa jangan lah ko nak mengatai sangat)

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan. kita kan kena saling memberi dan melengkapi..so biasanya kalo dia suka ni kau tau ni kalo dia tak suka tu kau suka tu..so melengkapi lah tapi tak daelah sampai jurangnya melampau kau punya tak suka tu

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya. ni samalah dengan yang atas tu.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan. kalo dah tak serasi apa pon tak boleh..so kalo korang rasa tak serasi baik tak payah kot..

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. menawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlebih handsome. so, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. kang kau cantik dia hodoh oarng kutuk kau pon tak tahan kau huduh dia cantik sangat pon orang kutk bila dengar desas desus mulalah nak bertekak so pikir²kan

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda. semua orang adalah cantik, cantik tu banyak maksud so jangan lah rendah diri sangat

49. wanita mdah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


p/s : lelaki dengan perempuan datang dari planet yang berbeza so memang susah untuk ada persefahaman tapi tak mustahil

jodoh ada dimana² sahaja..jika dia jodoh anda anda pasti akan temui nya :)





Friday, July 29, 2011

day 10 cabaran 30 : hari ke 10.. apa yang berlaku?

pegh...giler berkarat lah aku ni nak abiskan cabaran aku rasa..
kalo orang lain buat 30 hari aku rasa aku nanti mahu 200 hari kot...
nak sampai kan hari yang ke 10 ni pon..
tercampus campis..aishh bahasa apakah itu..

wahhhhhh....
akhirnya sampai hari ke 10..
aku ada 20 lagi hari...
nak wat cam ne...aku ni bukan lah blogger tegar yang selalu mengupdate entry..
aku ni sekadar mengisi masa lapang yang kadang kala ada..kadang kala tiada..
bila dah start keja aku rasa lagi tiada lah masa lapang...
macam mana plak kalo dah kawen..makin hilang lah masa lapang..
makanya..makin terpupus lah blog saya ni..
terima jelah keadaan...

ok moh kita ke topik sebenarnya...

apa yang berlaku hari ni?
aku rasa hari ni tak de pape yang pelik berlaku..
tak de pape istimewa berlaku...
cuma hari hujan turun dengan lebat nya setelah tak hujan n sentiasa panas terik..
alhamdullilah :)

p/s : pegh rindu sey nak blogwalking n join segmen² yang blogger wat..

kalo korang pasan kan entry aku dah lama tak bergambar seperti biasa..yang ada gambar bila hari rabu jew :) sebab wordless wednesday




Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday # D



hah abik engko..

p/s : pon boleh


day 9 cabaran 30 : perasaan anda hari ni

pegh..gile lama aku tak update entry..
maka berlabah² lah blog aku ni hah..
baru beragan nak jdi blogger tegar..hampeh je..
hangat² taik ayam je aku ni..
kejap boleh r betahan dengan komputer ni..
lama² kepala jadi sakit..abik..berhabuk en lapy tak berusik..

perasaan hari ni..
happy sebab surat menyurat dah dapat n kena keja..
orang lain susah pikir minta keja aku rasa tak nak keja lagi lahh..
ok dalam masa sama sedih gak..sebab kena start keja bulan puasa..nampak gayanya tak beraya lah saya..selamat tinggal duit raya n baju raya :(
rasa risau gak.sebab memang tau dapt johor tapi area mana..o risau nya..

p/s : "kalo ada jodoh kita akan jumpa lagi" mia sara
ada jodoh tak?


Sunday, July 24, 2011

kesibukan mula melanda

pegh..dah lama sey tak sempat nak update blog..pasni lagi lah tak cukup masa tuk aku ni mengudate pape entry..
agaknya bila lah cabaran 30 aku tu boleh tamat camni...
nak berblogwalking apatah lagi..bila tiada blogwalking maka followers ku akan kekal lah banyak tu saje...

pape po alhamdulillah aku dah kena start daftar keja 8/8/2011 ni..
aku dapat kat joor tapi daftar kat mana semua tak pasti lagi..
dah lah johor ni besar...area manalah agaknya..risau nya...
ni dah duk sibuk melengkap segala borang..
govement memang macam tu banyak borang..pape pon wish me gud luck..


p/s : permudahkan segalanya..n berharap saya awak masih dikekalkan :)


Thursday, July 21, 2011

day 8 cabaran 30 : pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

pergaduhan...
alahai korang aku ni budak baik² lah..
manalah penah gado...
nak bertumbuk ngan orang pon aku tak pandai kot..
nak main tarik² rambut lagi lah tak pandai..
ekh jap apa semua tu..
tak tahu lah tu benda apa...

aku tak tahu nak cakap apa bila nak kena cakap kan pasal pergaduhan paling teruk..
sebab masalahnya aku ni tak penah gaduh ngan sape² pon..
kalo korang tak caya korang kawan ngan aku ni..
ko try cari gaduh ngan aku..
aku mesti relax jew..
senyum je..
manalah nak gaduh nya...

so tak delah istilah pergaduhan paling teruk.
kalo setakat nak gaduh² manja ngan aku boleh r..
aku jenis tak ambik port lah bab gaduh²..
pada aku semua orang tak perfect..
mereka dah cuba yang terbaik kot...
so apa diri dia kita terima jelah..
so apalah nak gaduh sangat pon


p/s : bajet retis baik nak mampos....


Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday # C



p/s : horraayy dah dengar khbar berita dari anda...
alamak ada dak dah dapat surat keja..riso² nak raya :(



perasaan yang semacam..

duk malam² gini..blogwalking sana sini...
tup² dalam kepale terasa nak tukar header baru lah...
tp bila sebut pasal nak tukar header baru ni...
masalah nya yyoosshh campur betul...
bukan apa lah kan..
nak kena duk edit punya edit gambar..
tu yang kasi tunda punya tunda tukar header..
silap² kang dah 5 tahun lagi pon aku duk pakai header yang sama..
emm apa pon tak de..

ekh jap ekh..korang kan kalo rasa tak nak layan entry aku ni kan..
tolak tepi je tau.
entry lalut sana sini je ni...
ah ko ke laut sudah..

ok ni sebenar nya di panggil entry bebas cukai...
apa it entry bebas cukai??
entry bebas cukai tu terjadi bila saya cik mira ni hah..otaknya tengah tak betul..
dimana ada fius tercabut..so dia akan menaip sahaja apa yang terkeluar dari kepala otak dia pastu taip je tanpa perlu membaca balik isi kandungan nya logik atau pon tidak...

so bagi anda yang rasa ini sangat membuang masa..jangan lah baca..

korang penah dengar tak sape² cakap kat korang...
laki ngan perempuan ni jauh sangat beza..
memang payah bila laki ngan perempuan ni nak bersatu..
umpamakan...
sorang dari bumi sorang dari marith..
tak mustahil tuk bersama tapi sangat susah untuk saling difahami..
so memang selalu terjadi perbalahan...

"kalo kita ingat kat deme, deme akan ingat kat kita"
tapi saya sentiasa ingat awak..tapi awak ingat saya tak?kenapa tak contact saya...


oh letihnya duk masak ikan kerapu ni...
terimakasih lah ye sebab merasa masakan saya ni..
hah apa lagi komen lah..sedap ke tak saya masak ni hah..
makan je..komen cepat..hahaha garang tak??

p/s : miss u babe



Tuesday, July 19, 2011

saya suka purple awak suka tak?



tadi aku duk lah wat blogwalking jap....then terserempak lah nagan satu blog ni...
korang klik sini ekh kalo nak kenal² ngan si dia ni..


nak di jadikan al kisah...
blog dia ni memang purple lah..
corak background pon sama lah..
i extra like lah..
nampak macam sejiwa..
tambah plak..suka purple..
then ada lah geng blog purple..
pegh tertarik hati terus nak join....



korang yang sama macam saya minat pada purple a.k.a ungu ni meh lah join..

klik sini meh nak join



p/s : tak sangka boleh jumpa kat blog rang yang sam cam ni.. i like :)





ku menghitung hari kamu




menghitung hari detik demi detik
masa kunanti apa kan ada
jalan cerita kisah yang panjang
menghitung hari

padamkan saja kobar asmaramu
cinta putih itu takkan ada
yang aku minta tulus hatimu
bukan puitis

pergi saja, cintamu pergi
bilang saja pada semua
biar semua tahu adanya
diriku kini sendiri

padamkan saja kobar asmaramu
cinta putih itu takkan ada
yang aku minta tulus hatimu
bukan puitis

pergi saja, cintamu pergi
bilang saja pada semua
biar semua tahu adanya
diriku kini sendiri

oh pergi saja, cintamu pergi
bilang saja pada semua
biar semua tahu adanya
diriku kini sendiri

diriku kini sendiri


p/s : bila nak dengar khabar berita dari awak :(

day 7 cabaran 30 : tiga perangai baik anda

ish..apa lah aku ni..
leawat sehari sey...
kenapa aku cakap cam tu..
masalahnya aku ni tag lah pada sofea lang jap lagi dia awal sehari update dari aku..bukannya apa..aku termiss sehari lah update entry..
mana taknya..
otak bercelaru ni hah..
mendengar khabar angin akan di panggil keja before raya.
aduhai..agknya dapat ke idak lah saya n beraya ye..

hati tak tenteram sey..

oppss..menyelawang lagi..ekh betul kan??

ok..lets go..

3 perangai baik saya
  1. friendly giler..tapi first jumpa memang korang akan cakap aku ni smbong gile..ni dari apa pandangan member² aku bila kau tnya lah ekh..dorang confirm lah dengan lagak dan bergaya cakap aku ni sombong nak mampos..dah r tu muka nak lagak..apatah lagi bila cakap..jap lagi bila dah kenal abik ko..kasi pecah cermin mata korang aku nye bercakap tak berhenti tu + plak aku punya gelak..memang kasi pecah panggung lah..
  2. aku ni plak ko nak kasi keja laki aku balon keja perempuan pn aku balun..tapi kalo dah ada dak laki depan aku..kasi cover lemah sikit..malas kot nak lagak hebat kang aku kena wat semua keja...masa tu aku tunjuklah lagak aku ni seayu nak mampos semua keja laki aku tak mampu..huhuhuhu..kononnya wei berat lah barang ni ko kasi tolong lah angkat yang ringgan aku angkat ekh.. :)
  3. aku ni jenis take easy...biasanya korang akan nampak laki kan jenis take easy tapi ni aku..memang aku take easy nak mati..tak caya tanya member aku..tapi bila ko jadi sebagian orang terpentin aku..aku tak akan pikir take easy tuk ko ekh....aku tak hard nak mati tuk ko ekh..alahai apalah nak pikir parak² sangat..lantak ko lah nak wat apa janji tak nyusahkan aku tak bebankan aku...aku bahagia ko pon bahagia..
boleh tak aku nak tambah list baik aku ni..(cet..bajet baik nak mampos..ada aku kisah)
  • aku ni kalo ko minta tolong aku kan usaha lah menolong ko sedaya termampu...tu jelah yang aku mampu..tak sanggup sey nak hampakan harapan member² aku..
  • lagi satu aku ni selau dikategorikan orang suka merancang masa depan..duk atur sebiji² apa yang patut ada tuk masa depan...apa yang perlu dilakukan bagi menjamin masa depan..mungkin aku takut nanti aku rasa susah kot..
  • aku akan bajet macho giler..takkan nagis!!tebgok cerita NUR KASIH pon aku tak kisah..duk terasa dalam hati aku tarik nafas..n then senyum..so tak nagis.apa barang sey nak nangis..tak macho kot :)

p/s : dah hari kedua tiada khabar berita..apalah gamaknya kamu disana..
ish..betul ke surat dah on the way ke rumah..betul ke kena daftar bulan 8 ni..



Monday, July 18, 2011

day 6 cabaran 30 : tiga perangai buruk anda

ok...sory lah yeah..aku rasa kan semalam aku tak de up pape entry pon..
pasal apa..
pasalnya malas nak on en lappy..
boleh tak bagi alasan gitu..
anggap jelah ekh boleh yeah..

ok meh kita terus ke tajuk utama kita..
(aku ni kalo jadi membaca berita agaknya ada gak kena balik ngan prodesur mana tak nya..duk ngarut tak de kaitan je lebih)


3 perangai buruk saya :

hey² mana lah ada orang nak cerita perangai buruk dia wei..
wat malu jew..
ko caya lah cakap den ni hah..
jap lagi orang tak layan dah hah blog ko ni hah..mano tak nya enkau duk habak perangai burung hang..
(bahasa rojak..maklum lah orang jauh so bebas nak cakap mana pon kan..mung ni...hahhahha..)

  1. suka bangun pagi terus buka peti minum air n take breakfast tanpa gosok gigi :)
  2. tak suka mandi :) lagi² kalo 1 hari tu aku ni hanya lah duduk umah n memanaskan tv so aku hanya akan mandi sekali je sehari..tambahan plak hari hujan..wah memang lagi tak mandi..tapi kalo dah panas sangat kul 12 tengah malam pon aku mandi gak :)
  3. bila rasa nak makan akan makan banyak tak terhingga tapi bila rasa tak nak makan tak makan pon tak perasan
p/s : ekh...korang agak surat tuk keja bolah sampai minggu ni..bagi lah aku raya dulu..tak pelah bagi keja part time dulu kew..lepas raya nanti ke baru lah bagi keja..boleh lah :)
saya rindu awak..saya ni ego sangat ke..first time satu hari tak dengar khabar berita.apakah maksudnya?



Sunday, July 17, 2011

day 5 cabaran 30 : status anda ? relationship anda?

hey² hari dah hari ke 5..
tapi jap..sory lah yeah..
patut nya dah hari ke 6 kot..
masalah kul 1 pagi ni baru lah aku dapt on9 nye..
tadi bz kot..
sebab hari ni ada kenduri tahlil ngan family ak..
so tak de lah cukup masa nya nak ngadap en lappy ni hah..

hah dah..
bab cabaran hari ke 5 boleh tak aku nak jawab no komen..
aaaww..jawapan nak miang gaya artis hot...pasan ko nyah..

ok..yang aku boleh cakap status aku single wat masa ni..
tak de pape ikatan dengan mana² pihak..tak de ikatan nye..tunang mahupon kawen..
so im free.........

opppsss..relationship..
emm..
ekh korang meh kita cerita hal lain ekh...

oppppss..

p/s : letihnya lah hari ni..but fun..hye babe..already miss u now..

wah..kalo tak de keja..macam² gambar lah ko nak letak ekh nyah..tapi bila lotih gini..abik ko tulisan merepek je aku bagi kat hang..
peace :)


Friday, July 15, 2011

day 4 cabaran 30 : benda yang anda buat bila sorang sorang

hah..ni dah masuk hari ke 4...
tajuk hari ni..
apa anda buat bila anda sorang²..

aku ni suka berangan lah..
hah duk pikir macam²..

tengah duk belajar pon aku boleh berangan lagi..kekadang tu jawab exam pon sma..
lagi² kalo exam tu kena bulat² A B C je..alamak hai..menerawang lah otak aku ni..

nak tau apa aku angan² kan..
  • nak beli kereta cepat²..wat masa ni aku berangan kereta ni jelah..lepas ni kot² up cikit kereta lain plak.
  • lepastu duk pikir nak beli rumah plak....dalam otak ni bajet nak beli rumah 2 3 ke..nak kasi sewa kat orang..ceh bajet duit ada..
  • then aku nak abik degree...aishhh tak kan member² lain ada degree aku tak de kot..biarpon dah ada keja..peduli apa aku..
  • teringin sangat nak pergi rumah ALLAH..
  • ada hati gak nak kawen..miang..
    siapalah orangnye yea...hope ditemukan dengan orang² yangbaik :)
p/s :tajuk dia bagi aku selalu menyasarkannya..hahhaha

Blogku belum popular..

sebenarnya aku tengok nama orang yang wat segmen ni ala² cute gitu..lulu..
alahai macam nama ana lulu..dengan ada bunga matahari lagi..yaaww..
hehehhe..

korang nak join..jom..klik hearder pon boleh..tak pon korang klik sini

alalalla..malu sey duk nak cerita nak join pon malu ni hah..

ok sebab kenapa tak popular sebab aku ni bukanlah bintang popular...macam mana nak popular (cerita kat blog plak merapu..wei mana ada orang nak baca kalo cerita diri sendiri..cet ) sebab tu lah tak boleh nak popular

kalo bakal popular tu lagi mustahil..
kucing bertanduk pon tak popular lagi tau :)


p/s : hah..korang kutuk saya yeahh



BEN ASHAARI dan SEKOLAH



kalo korang nak jin korang boleh klik header gambar kat atas tu..tak pon klik sini
jom korang join...
aku minat sebab sebut pasal sekolah kot...
bila cakap sekolah aku rindu member aku kot

n kenagan kena kejar ngan cikgu displin..abik ko nakal sangat sape suruh...
selalu sangat duk ponteng²..abik ko..
ponteng lagi perhimpunan...
dah lah tu..selau tipu cikgu cakap tak sihat..sebabnya aku malas r nak perhimpunan..
duk dengar orang bebel tanpa henti..apa pon tak dapat..

p/s : cikgu sekarang kalo koran tengok semua nya baik² sey..masa aku dulu garang...auuww takot..



Thursday, July 14, 2011

day 3 cabaran 30 hari : benda yang anda selalu buat sebelum tido



alahai...tajuk tuk hari ni ala² cerita kat tv lah..
sebelum tido..
ada orang nyanyikan.orang baca buku cerita..
acececece..so sweet laaa...

kalo lah masa boleh putar balik..
nak je jadi cam dulu..
ada je orang dodoi nak tido..

benda yang aku wat sebelum tido...
main sms..in calling hingga tertido...
(pssstttt aishh..yeke..ooppss)

aku kurang pasti lah apa aku wat sebelum tido..
cuci muka + gosok gigi kot (korang jangan bagitau orang lain..sebabnya aku ni ada masalah bila bangun pagi tanpa gosok gigi terus g take breakfast..kalo tak gosok gigi sebelum tido susah lah gamaknya..auuww malu u)

kalo kat kolej tu..borak² jap ngan member sampai mata terpejam
oh yaaa..aku dengar lagu kat fon..pasang earfon then dengar lagu sampai tido..
tapi tu bila mata aku tak dapat nak pejam lah..
tapi kalo boleh aku nak elakkan dari wat cam ni..
sebabnya kajian yang dibuat..bila kita tido sambil dengar lagu cam tu..kita takkan dapat tido yang lena..bila tak dapat tido lena..so tido yang patutnya 6 jam je jadi berpuluh jam..
so aku memang nak elakkan sebab nak dapatkan tido yang lena serta memuaskan..so bila bangun pagi..wah nyamannya...


ok kat sini aku tampilkan lah sekali tips tuk mendapatkan tidur yang lena + memuaskan
  • Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur korang kul 11.30 malam. so korang kena pastikan bila dah dekat jam 11.30 malam tu, g lah layan tilam empuk korang sampai mata terpejam. Golek² sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh nak layang blog ke..movie ke apa² ke. Nanti syok layan movie main game layan blog abislah terlajak pulak masa untuk korang tidur. Patutnya tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan jadah² tu..hah ko terus tertidur 3 pagi. ambik ko terus tersenguk² esoknya sebab tak cukup tido
  • Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa²pun, ejas la ikut kesesuaian anda. kalo aku selagi tak gelap aduhai memang aku tido jap jaga jap jaga la jawabnya..pastu esok siap lah..lemah semacam je..tak semangat lansung.
  • Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio , TV lagi masyuk korang duk plak sumpat telinga korang ngan earfon pastu dukpasang mp3 mak ko bagi pecah itu gegendang telinga
  • 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu.kalo ko nak lagi harum sebelum tido ko sembur minyak wangi kat badan korang..dulu msa aku kat kolej ada sorang senior ak ni memang wat cam tu..memang terbaik lah..sebelum tido je memang confirm bilik harum..dah tu minyak wangi kuat sey bau..nyaman je nak tido..selalu lah aku dpat tido lena sem tu..(nak harapkan aku sembur..memang tak lah..)

ni aku nak cakap sikit..bila korang tak cukup tido so ni lah kesan yang korang akan dapat..abik ko..
  • menyebabkan peningkatan berat badan
  • menyebabkan tekanan darah tinggi (darah tinggi ni kalo dah dapat memang tak de ubatnya..ubat kalo doktor bagi pon just tuk kawal..bila sekali dah kena darah tinggi selamanya korang memang ada darah tinggi..cuma ikut korang nak kawal darah tu camne..nak bagi tinggi ke tak)
  • menyebabkan sistem imun kurang berkesan
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala




Wednesday, July 13, 2011

day 2 cabaran 30 hari : movie yang paling best pernah anda tonton

hello² everybody..
ok kalo nak di ikutkan aku ni bukan lah giler movie sangat pon..
bukan lah asyik duk giler tengok wayang.
aku biasa² je..
cuma kekadang kalo datang angau wayang tu sehari boleh lah hentam 2 3 movie kat panggun tu..
sebulan kayap gak r poket masuk panggung jew..

setakat ni cerita melayu yang aku rasa best yang aku penah tengok merong mahawangsa..

aku rasa memang cerita melayu paling mantap lah...
memang berbaloi r dengan apa yang aku bayar..
sound dia ngan effect cerita ni memang wat kagum jap.tak sangka cerita melayu boleh wat camni..
selaunya cerita omputih je cam tu..

cerita lain yang aku rasa best adnan sempit..

masa aku tengok cerita adnan sempit ni kira dah lama lah kat panggung..
tapi still penuh sey..

lagi movie apa ekh..
banak lah gak movie best..
tapi movie english lah..(macam lah tak boleh nak cakap apa movie english tu)

ok korang..see u next entry :)

like² mana² yang patut n klik² mana yang patut ye :) tq korang


p/s : rindunya nak tengok movie...rasa nak balik kolej pastu g tengok movie..
cepatlah segamat up panggung


wordless wednesday # B