Wednesday, February 9, 2011

asthma bay..

ok tak pasti kenapa tetiba hari ni aku terasa nak cerita pasal medical..sebelum ni tak penah plak aku cerita pasal medical ni..

apa itu asthma?

ASTHMA ialah masalah inflamasi kronik pada salur pernafasan yang menyebabkan terlalu sensitive kepada pelbagai rangsagan dan penghasilan mukus (alah hingus korang tu a.k.a kahak) dengan ciri wheezing (bila korang nafas ada bunyi macam wisel sedang ditiup) , dyspnea (sesak nafas rasa cam nak mati..oh oksigen) , serta batuk yang berulang-ulang (tapi kekadang korang tak dapat batuk ni)

korang boleh dapat asthma jika korang.........
  1. ada alahan pada -persekitaran contohnya habuk serta debu,asap rokok (say no rokok..busuk kot bau dia) , bulu binatang macam kucing ke... - makanan contohnya makanan laut ke , makanan yang ada bahan pengawet kew..
  2. kesan ubatan yang korang ambil
  3. terdapat jangkitan kuman
  4. korang gasak sangat melakukan aktiviti fizikal yang lasak atau senaman yang sangat memenatkan (korang kena lah jadi seorang yang sopan santun ye..hehehe..)
  5. cuaca yang berubah-berubah contohnya terlalu sejuk
  6. korang alami gangguan emosi (so jangan stress ye)
  7. and last sekali keturunan..(kalo korang memang lah ada keturunan tak dpat nak wat apa lah)

sign and symtom bagi orang yang mendapat astma ni ialah
  • chest tightness - korang akan rasa macam dada korang ketat sangat serta susahnya lah korang nak bernafas
  • batuk - korang akan dapat batuk sebab dalam paru-paru korang banyak sangat kahak
  • wheezing - bila korang dah susah sangat nak nafas so korang akan guna tenaga yang lebih banyak untuk korang mencukupkan oksigen dalam badan korang so perkara tu sebab kan bila korang bernafas akan ada bunyi wheezing
  • dypsnea - disebabkan salur pernafasan korang dah sempit so korang memang lah akan rasa susah tuk korang bernafas

macam mana asthma ni boleh berlaku pada korang..bagaimana ye..

mari kita mulakan cerita ye..
rangsangan bahan - bahan allergen (debu , makanan , cuaca , alahan ,aktiviti) akan hasilkan B limfosit dan proses inflamasi berlaku. ini akan meransang IgE yang terdapat di sel-sel mast dan basofil yang terdapat di dinding otot licin saluran bronkial bagi menghasilkan histamin , bradikinin dan prostaglandin. inflamasi ini akan menyebabkan lapisan sel epithelium musnah.
histamin akan meransang pengeluaran mukus yang berlebihan dan menyebabkan ketelapan kapilari meningkat.
ini juga akan membawa kesan edema dan juga bradikinin dan prostagladin yang sebabkan bronchospasm.
semua keadaan tadi menyebabkan halangan dalam pengaliran udara. ini ditunjukkan dalam keadaan wheezing dan chest tightness.
maka asthma pon akan berlaku pada diri anda..


(letih den buat gambar rajah ni..wat sendiri tau..no image from google)



p/s : nanti jika ada masa kita akan sambung next entry dengan klasifikasi asthma , ubatan and pape je yang tertinggal lagi

vocabulary..

wheezing : nafas yang berbunyi seperti bunyi wisel apabila korang tarik nafas
mukus : hingus atau pun kahak tak pon sekresi semua sama je maksudnya
dypsnea : sesak nafas
edema : bengkak
bradikinin : polipeptida (protein) yang terdiri dari 9 asid amino
prostagladin : bahan seakan hormon yang mengecutkan otot licin di bronkiol


extra p/s : huh..tiada lansung mengguna khidmat google..baik dari gambar rajah taupon infomasi..mengguna khidmat nota yag sedia ada..hehhe..kiranya aku dah study tajuk asthma ini..hehehe..


2 comments:

Reflect on the past @ Merenung Masa Lalu said...

setiap penyakit pasti ada ubatnya...

mira sazali said...

yup...ada ubatnya..tp asthma cba dpt dikurangkn saje..like kencing manis..drah tinggi..