awak disana..tq jadi followers saya..

Monday, August 1, 2011

nak ramadhan ni korang ingat tak?


pegh...kalo pagi tadi kita duk usha ramai up entry khairul fahmi putus tunang...
tapi pada tengah² malam gini..
ramai up entry bulan puasa plak..
termasuk lah aku..

so pada korang yang dah lupa nak niat nak berpuasa esok hah ingat² kan lah kembali

ni niat puasa yang korang kena baca tiap² hari..maksud nya setiap hari korang kena baca niat ni..ataupon dengan kata mudah LAFAZ NIAT PUASA HARIAN :)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


ni plak niat puasa untuk sebulan..bagus baca niat ni sebab bila kekadang korang termis sahur korang sebab tak sedarkan diri bila tido so jangan risau niat tak baca sebab korang dah baca niat ni..dengan kata mudah lagi ringkas...LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN :)

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

dah tau kan niat puasa semua..
so selamat lah berpuasa..
tap nak ingat kan lagi dah puasa tu kang bila petang korang g plak bazar ramadhan...
pegh wa cakap lu..bila tiba bulan ramadhan memang ramai lah umat islam mencari duit lebih..macam² gerai lu jumpa..memang terbaik lah..
kekadang bukan kita umat islam je yang gian nak ke bazar ni..bangsa lain tak kurang gak..sama² balun...1 malaysia lah kan :)
tu kang jangan plak kasi lantak ko makan sampai tak larat nak bangun..terus kosong masjid bila terawih..makan beragak lah..beli makanan kat bazar tu agak² lah beb..
(dengan kata lain nasihat tuk diri sendiri..korang janagn bagitau orang lain memang aku lah yang duk angau bazar ramadhan ni..almaklum lah masa ni lah ko dapat jumpa macam² jenis makanan yang ko belum penah jumpa)

dah² ko duk nak buka puasa tu jangan lupa plak baca doa..ni tak dengar je azan zapppp air dah ke tekak doa buka entah kemana...

doa berbuka puasa :)

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


lepas dah siap semua makan korang baca lah plak doa selesai berbuka puasa..jangan plak ko bangun gosok perut je
doa sesudah berbuka :)

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

p/s : aku tak pasti ni betul ke tak..tapi ada orang penah cakap kat aku kalo lepas baca doa berbuka then kita niat dalam hati hajat kita for example nak exam straight A lepas tu baru kita minum air n berbuka cam biasa..orang kata niat kita masa tu maybe boleh termakbul..betul tak??ada tak mana² yang tau komen cikit :)




update : harap maaf dengan setiap kesalahan ejaan..saya memang mengalami masalah tersebut..biasalah kanak-kanak ribena :) awak boleh tinggalkan komen kalo nak ye..klik komen diatas..mari komen :)

No comments: